TINDAKAN seorang wanita berkongsi kisah pengorbanannya sebagai seorang isteri dan ibu menerima kecaman netizen.
Dalam hantaran yang dibuat, wanita tersebut mendedahkan bahawa dia hanya makan bahagian kepala setiap kali masak lauk udang untuk ahli keluarga.
Manakala, suami serta anak-anak menikmati bahagian isi atau badan udang.
“Biasa kalau saya masak, badan udang tu suami dan anak-anak makan. Saya ambil kepala sahaja.
Hantaran asal yang mengundang kecaman.
“Faham-faham la udang ni harganya mahal dan tak kenyang. Jadi kena berkorban makan kepalanya. Dapat hisap otak-otak(udang) pun jadi la.
“Sebab tu dekat rumah saya jarang beli lauk sotong, udang, ikan dan daging sebab mahal dan tak kenyang. Famili pun reda je makan ayam hari-hari,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Perkongsiannya itu menjadi bualan hangat di media sosial denganramaitidak bersetujuterhadap tindakannya yang dianggap berkorban secara keterlaluan.
ARTIKEL BERKAITAN:Tinggal di kampung, berkorban dari bujang sampai dah kahwin tapi ibu tak hargai – “Depan mata ni busuk, yang jauh-jauh semua wangi”
ARTIKEL BERKAITAN:Suri rumah jangan rasa tiada apa-apa, rendah diri… Tak semua boleh rasa ‘kemanisan’ jadi ibu sepenuh masa
Kebanyakan netizen berpendapat seorang ibu perlu bijak atau kreatif di dapur tanpa perlu mengorbankandiri dalam hal melibatkan makanan.
“Kenapa nak buat macam tu sekali? Beli enam ekor, seorang dapat dua dah cukup atau belah dua dapat 12 ketul. Jadi mak ni kena cerdik bukan korban.
“Bukan kategori tak mampu rasanya tapi kategori ‘berkorban yang tak cerdik’ bagi seseorang ibu. Jadi ibu wajib reti buat kerja banyak dalam satu masa, sama juga kena praktik dalam masakan.
Jadi mak ni kena cerdik bukan korban.
NETIZEN
“Kalau dah kategori makan kepala udang sebab kos, tak tahu la nak cakap apa. Kecuali posting ini bertujuan meraih sesuatu. Salam Ramadan,” ujar beberapa netizen.
Selepas menerima kecaman hebat, wanita itu tampil semula di media sosial untuk memberi penjelasan tentang situasi sebenar serta niat di sebalik perkongsian tersebut.
“Kena kecam gara-gara berkorban makan kepala udang. Sudah 10 tahun saya kahwin, elok je saya berkorban makan kepala udang.
Komen netizen di media sosial.
“Apa masalah kalau sebagai seorang mak atau isteri nak berkorban bagi anak dan suami makan badan udang. Saya makan kepala udang… apa yang berdosanya?” katanya.
Menurut wanita itu, dia bukannya tidak mampu membeli udang dalam kuantiti banyak tetapi keutamaannyakepada perbelanjaan lain yang dianggap lebih penting untuk keluarganya.
Dalam masa sama, ada juga netizen yang tampil mempertahankan wanita tersebut menyatakan bahawa setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam menguruskan keluarga mereka.