RSS Suria

12 tahun tunggu zuriat, wanita tak tahu diri mengandung… Sedar-sedar lahirkan ‘bayi ajaib’

MUNGKIN kerana sudah terlalu lama menanti cahaya mata tetapi tidak hamil, seorang wanita langsung tidak menyedari dirinya sedang mengandung sehinggalah dia selamat melahirkan bayi.

Demikian kisah yang dikongsikan pengguna TikTok, Aryanayden, mengenai kakaknya yang disifatkan melahirkan ‘bayi ajaib’ selepas 12 tahun menanti kehamilan kali kedua.

Bukan sahaja tidak sedari dirinya hamil, wanita itu juga dikatakan datang bulan seperti biasa dan tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara dari segi fizikal meskipun sebenarnya sarat mengandung.

“Kakak memang tak rasa pun baby ada dalam perut dia sebab badan dia sedikit berisi dan perut buncit.

Aryanayden menceritakan semula kisah bagaimana kakaknya tidak sedar akan kehamilan anak sendiri.

Aryanayden menceritakan semula kisah bagaimana kakaknya tidak sedar akan kehamilansendiri.

“Sepanjang sembilan bulan tu dia masih datang period. Tapi tak pasti sama ada itu darah datang bulan atau bleeding (pendarahan).

“Apa yang kuat mengatakan dia tak mengandung masa tu sebab dia period. Kakak saya ni period tak teratur jadi dia tak perasan mengandung tu,” jelas Aryanayden.

Katanya lagi, kakaknya menyangka beberapa perubahan tubuh yang dialami ketika itu hanyalah disebabkan masalah kesihatan biasa.

Bagaimanapun Aryanayden berkata dia pernah menyarankan kepada kakaknya supaya membuat pemeriksaan kesihatan kerana bimbang akan kesihatan wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN:‘Bayi ajaib’ muncul dalam rahim, doktor pun terkejut! Pelik 3 kali ‘scan’ nampak kantung kecut, ketulan daging hilang

ARTIKEL BERKAITAN:Kisah benar ‘baby ajaib’ di Perlis! Wanita tak tahu hamil, siap makan pil perancang setiap bulan… Tiba-tiba beranak atas sofa

Namun, sebagai adik dia tidak mahu terlalu mendesak kerana faham apa sahaja topik mengenai kehamilan merupakan sesuatu yang sensitif untuk wanita yang lama menantikan zuriat.

“Tapi saya dapat rasa yang dalam perut kakak ni memang ada bayi. Setiap hari kami berdua memang akan video call.

“Kakak akan cakap, ‘Eh dik aku tak ada selera hari ni, makan je muntah’. Kakak ingat dalam perut dia kemungkinan ada ketumbuhan.

Dia dan suami tengok di bahagian bawah ada benda bulat warna putih terkeluar.

ARYANADEN

“Beberapa hari kemudian, dia beritahu saya yang dia sudah pergi check memang ‘tak ada’ (anak dalam perut) dan memang tengah period,” ujarnya.

Namun segalanya berubah beberapa minggu kemudian apabila kakaknya mendapati rupa-rupanya dia sudah menghampiri proses bersalin.

“Bila waktu kemuncak (nak bersalin), kakak sudah tidak tahan. Dia ulang-alik ke tandas sampai nak tergelincir dalam tandas.

“Dia ingatkan sakit perut nak buang air besar. Dalam pukul 4 pagi, kakak kejut suami pergi tengok dia dekat tandas.

Kisah tersebut mendapat sambutan apabila ramai yang berminat untuk mengetahui perkembangan lanjut.

Kisah dikongsikan mendapat sambutan apabila ramai yang berminat untuk mengetahui perkembangan lanjut.

“Masa tu kakak saya dah terduduk. Dia dan suami tengok di bahagian bawah ada benda bulat warna putih terkeluar,” ceritanya, menceritakan kejadian pada 2024 itu.

Wanita berkenaan kemudian dikejarkan ke hospital untuk bersalin secara kecemasan namun tarikh dan lokasi kejadian tidak dinyatakan.

Disebabkan tiada pemeriksaan berkala dilakukan sepanjang tempoh kehamilan, bayi itu terpaksa ditahan selama sehari di hospital untuk pemantauan pihak doktor.

Kini, kehadiran bayi digelar ‘Baby Ajaib’ tersebut menjadi pelengkap dan penyeri hidup keluarga mereka setelah lebih satu dekad menanti kehadiran zuriat.

Scroll to Top