RSS Suria

2024 tahun ‘suwey’ Aliff Syukri… Dah tak nak menyanyi, serik kena panggil SKMM

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri mengambil keputusan meninggalkan dunia nyanyian selepas namanya sering terpalit dengan kontroversi setiap kali tampil dengan lagu baharu.

Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 37, berkata, kontroversi sehingga campur tangan pihak berkuasa membuatkan dia berasa tertekan dan merasakan mengundurkan diri adalah langkah paling wajar.

“Ini adalah tahun terakhir saya sebagai penyanyi. Tahun ini adalah tahun paling ‘suwey’ (malang).

size NP 1 - 2024-05-13T135903.290

Aliff ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Terlajak Raya.

“Setiap gerak geri saya dikritik… Bahkan kes baru-baru ini juga masih dalam siasatan.

“Sedikit sebanyak ia memberi tekanan dan penyesalan kepada saya. Jadi, saya tarik diri dan reda,” katanya kepada mStar.

Aliff memberitahu perkara itu Ketika ditemui sewaktu Majlis Rumah Terbuka Terlajak Raya di Glamhall Damansara pada petang Ahad.

Dalam pada itu, Aliff memberitahu jika tiada figura dengan perwatakan sepertinya, industri hiburan di Malaysia tidak akan meriah dan suram.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri buat hal lagi! Ibu kecewa tengok MV raya lelaki menari menggeletis, sedih 10 malam terakhir Ramadan dicemari

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri bergaduh dengan isteri, bawa diri ke Australia

Ini kerana kata Aliff, masyarakat di negara ini lebih gemar melihat kandungan bersifat mengaibkan seperti saman, tangkap basah dan sebagainya.

“Kalau tak ada orang macam kami ini, tak ada ‘monyet’, tak ada ‘kera’ macam kami ini, tak ceria Malaysia.

“Netizen ni suka tengok cerita bercerai, bertumbuk, berzina dan sebagainya, kalau cerita fasal produk saya tiada siapa pula nak tengok!,” ujarnya.

Ini adalah tahun terakhir saya sebagai penyanyi. Tahun ini adalah tahun paling ‘suwey’ (malang).

DATUK SERI ALIFF SYUKRI

USAHAWAN

Sementara itu, Aliff sempat meluahkan perasaan mengenai kes saman RM70 juta yang sedang dihadapinya.

Usahawan itu berkata dia merasakan emosinya tercalar walaupun sudah sedaya upaya menutup masalah sedang dihadapi.

“Anda tahu mengenai kes saman saya? Ia tak mudah. Saya cuba tutup masalah saya, tapi dalam keadaan ekonomi sekarang, sedikit sebanyak ia mencabar dan emosi saya tercalar,” jelasnya.

size NP 1 - 2024-05-13T135732.036

Faktor usia menyebabkan Aliff mahu berhenti menyanyi.

Sebelum ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakam percakapan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman di Ibu Pejabat SKMM di Cyberjaya, pada awal April lalu.

Rakaman percakapan itu dibuat susulan aduan yang diterima oleh SKMM berhubung kandungan video teaser Hari Raya yang dimuat naik usahawan kosmetik berkenaan.

Bahkan, telefon bimbit dan kad sim miliknya disita dan dihantar ke Unit Forensik untuk siasatan lanjut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top