BUAT julung kalinya pihak Universal Music Malaysia mengadakan pameran khas yang menampilkan empat ikon muzik Malaysia paling berpengaruh di Pavilion Malaysia sempena Ekspo 2025 Osaka di Jepun.
‘Hall of Fame’ ini memberi penghormatan kepada perjalanan karier seni Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tan Sri P. Ramlee, Ernie Zakri serta kumpulan Dolla.
Pengunjung yang hadir dapat melihat karya ikonik P. Ramlee dalam dunia seni selain membawa penceritaan perjalanan luar biasa Siti Nurhaliza sebagai lambang keunggulan vokal negara.
Ernie dan Dolla bangga diberi penghormatan di luar negara.
Tidak ketinggalan kisah kebangkitan Ernie Zakri dalam membawa nafas baharu kepada muzik pop tempatan serta penampilan berani Dolla sebagai wajah baharu muzik pop Malaysia yang kini mencipta nama di peringkat global.
Menjadi wakil Dolla, Tabby atau Tabitha Ariel Lam, 25, berkata ia satu penghormatan besar apabila dilantik menjadi salah seorang artis ke dalam Hall of Fame Malaysia di Osaka.
Katanya dia kagum apabila mendapat pengiktirafan bukan saja di tanah air tetapi juga di peringkat antarabangsa.
ARTIKEL BERKAITAN:Kenyataan Universal Music Group disalah erti, bersifat natural dan mahu keamanan
ARTIKEL BERKAITAN:Universal Music strengthened its position as top record company in Malaysia
“Kami telah meneroka genre dan bunyi baharu, dan secara jujurnya, ia tentang pertumbuhan diri. Kami sentiasa berkembang, dan arah muzik baharu ini adalah cerminan keberanian kami untuk menjadi lebih tulen dalam karya seni kami.
“Peminat boleh menjangkakan muzik yang masih kedengaran seperti Dolla, tetapi dengan lebih keberanian, kematangan dan keikhlasan. Sejak kemunculan kami pada 2019, kami telah berkembang begitu banyak, bukan sahaja sebagai penghibur, tetapi sebagai ‘sisters’,” katanya.
Sementara itu, Ernie memberitahu dia bersyukur apabila perjalanan seninya mendapat pengiktirafan dan dihargai ramai orang terutamanya pendengar Malaysia.
“Disebabkan kejayaan ini, nama saya kini telah ditempatkan di Hall of Fame Osaka.
Dolla terharu diberi penghormatan di luar negara.
“Sudah tentu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga Universal Music Malaysia dan juga para peminat yang tidak pernah berhenti menyokong serta sentiasa menantikan apa sahaja projek baharu daripada saya,” ujarnya.
Dalam pada itu, Ekspo 2025 Osaka ini dijangka dapat menarik jutaan pengunjung dari seluruh dunia sekali gus memberi pengalaman untuk lebih mendalami kepelbagaian seni Malaysia.
Pameran ini sudah mula berlangsung sejak April lalu sehingga Oktober depan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!