SEORANG penyewa kediaman meluahkan rasa kecewa dengan mendakwa barangan dapur miliknya sering digunakan tanpa izin oleh rakan serumah yang tidak bertanggungjawab.
Menurut wanita itu, barangan asas seperti minyak masak dan telur yang dibeli akan habis digunakan sepenuhnya oleh individu terbabit.
Katanya, kejadian ini bukan baru berlaku tetapi sudah berlarutan sejak lima bulan lalu.
Telur dan minyak masak habis digunakan rakan serumah. -Foto Thread
“Aku ni tak kedekut sangat bab makanan, tapi kalau ambil sesuka hati, guna sampai habis, sesiapa pun naik angin.
“Beli sebotol minyak masak, sebotol tu la dia guna. Sepapan telur beli, sepapan tu la dia habiskan,” kongsinya di media sosial.
Menurut wanita itu, bukan dia seorang berdepan situasi tersebut tetapi beberapa rakan serumah yang lain turut mengalami masalah sama.
ARTIKEL BERKAITAN: Mahasiswi kerap bawa ‘BF’ balik rumah sewa, tidur sebilik! ‘Housemate’ geram aurat terdedah, privasi diceroboh
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tak puas hati diusir lepas cantikkan rumah, penyewa nekad ‘londeh’ hiasan dalaman! – "Kita kembalikan kepada keadaan asal"
“Aku ni jarang duduk rumah sebab sibuk, jadi tak pernah nampak siapa pelakunya.
“Bukan aku je kena, housemate yang lain pun sama. Tak tahu nak buat macam mana lagi,” katanya.
Dia turut berkongsi gambar notis peringatan yang ditampal di peti sejuk kediaman sewa terbabit.
- Barangan dapur seoranng penyewa seperti minyak masak dan telur kerap habis digunakan oleh rakan serumah tanpa izin sejak lima bulan lalu.
- Rakan serumah lain turut mengadu mengalami situasi sama.
- Wanita itu mengesyaki seorang penghuni sebagai pelaku, namun takut nak tegur kerana fizikalnya yang besar.
- Nota amaran ditampal di peti sejuk bagi menyuarakan rasa tak puas hati.
- Netizen saran pasang kamera untuk cari pelaku dan bukti.
“Manusia mana yang ‘rembat’ (curi) barang masak ni, kau tak fikir halal haram ke? Minyak masak kau ‘rembat’, telur kau ‘rembat’. Barang tu untuk aku pakai, bukan untuk sara kau.
“Kalau sengkek sangat, minta! Bukan guna sesuka hati kau,” tulisnya.
Wanita itu juga berkongsi tangkap layar kumpulan WhatsApp rumah berkenaan yang antara lain menunjukkan gambar barangan basah yang dicuri dari peti sejuk.
Wanita itu mengakui dia dan rakan serumah lain ada mengesyaki seorang individu dalam kalangan penyewa yang berani berbuat demikian tetapi tidak mempunyai bukti.
Reaksi netizen
“Aku dah tahu siapa tapi takut pula nak tegur sebab badan dia besar.
“Masa tengah kemas barang, aku ada cakap kuat-kuat kata bodoh makan makanan orang, patut gemuk makan benda haram.
“Kemudian dia keluar bilik dan hempas pintu, ingat dia nak protes sebab kutuk dia tapi dia terus masuk bilik air,” katanya.
Sementara itu, netizen menasihati wanita itu supaya memasang kamera dan meletakkannya di tempat tersembunyi bagi merakam perbuatan mencuri tersebut.
Selain dapat mengenal pasti pelaku, ia juga dapat dijadikan bahan bukti.