RSS Suria

8 tahun kahwin, curang dengan hampir 30 wanita! Isteri anggap suami ‘cinta mati’, rela bertahan demi anak

SETIAP wanita yang memasuki alam perkahwinan pasti mengharapkan hubungandibina atas dasar cinta, kepercayaandan saling menghormati.

Tiada wanita yang mengimpikan untuk dilukai, apatah lagi diduakan oleh suami yang sepatutnya menjadi pelindung dan teman hidupnya.

Sekali dicurangi pun sudah membuatkan isteri fobia, apatah lagi jika sikapyang sama diulangi berkali-kali seperti situasi yang dialami oleh wanita ini.

Dalam satu hantaran di laman sosial, wanita ini berkongsi tentang dirinya yang terlalu fobia kerana dicurangi sejak sebelum berkahwin sehinggalah usia perkahwinannya dengan suami memasuki empat tahun.

Kecurangan boleh berlaku di tempat kerja. -Gambar hiasan

“Semasa bercinta suami pernah curang berkali-kali, dia pujuk dan saya maafkan. Semasa hampir tarikh kahwin, suami curang lagi dan saya dah rasa macam tak boleh nak teruskan hubungan.

“Emak suami pujuk saya dan akhirnya saya pun maafkan dan kami kahwin.

“Tahun pertama kami terus diberikan zuriat. Syukur Alhamdulillah. Tapi, saya banyak menangis, dia curang masa saya mengandung, masa sarat mengandung, semasa berpantang. Dia curang lagi dan lagi,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Trauma suami curang belum padam, wanita sama tiba-tiba muncul berhubung atas alasan kerja

ARTIKEL BERKAITAN:Isteri dah lali suami curang… Siap bawa skandal balik rumah zina di segenap ruang, atas sofa pun jadi! Kini atur strategi nak cerai

Apa yang mengejutkan, wanita tersebut mendedahkan suaminya berlaku curang dengan pasangan yang berbeza-beza.

“Yang saya tahu, hampir 30 orang dia curang. Saya ada chat almost 10 daripada mereka dan mereka cakap, suami tak ada beritahu sudah berkahwin.

“Saya tak marah mereka sebab saya kenal suami saya macam mana,” tulisnya.

Bukan tidak pernah merujuk masalah rumah tangga kepada pejabat agama mahupun menghadiri kaunseling, namun dia akhirnya membenamkan hasrat untuk bercerai kerana memikirkan anak tunggalnya yang berusia hampir tiga tahun, selain suaminya berjanji untuk berubah sehingga sanggup berpindah rumah.

Kalauperangai curang tu dah sebati jawapannya memang tunggu bila Izrail datang memanggil, baru nak insaf kot.

NETIZEN

Bagaimanapun, janji hanya tinggal janji, suaminya tidak serik mengulangi perkara yang sama membuatkan dirinya nekad untuk bercerai.

“Saya beritahu hal ni dekat mak ayah mentua dan ipar. Family mentua marah suami dan tegur. Suami minta maaf dan janji sumpah takkan buat lagi.

“Entah kali ke berapa juta janji sumpah dia. Mentua nasihat, merayu dan minta maaf bagi pihak anak dia kerana buat saya macam ni.

“Saya sabar dan saya maafkan. Dan tahun ni 2025, saya dapat tahu suami curang lagi,” ujar wanita berusia 27 tahun ini.

Menurutnya lagi, dia sebenarnya boleh ‘membalas’ perbuatan suaminya itu kerana mempunyai rupa serta diminati rakan sekerja, namun jauh di sudut hati, cintanya masih utuh untuk lelaki yang sah menjadi pasangannya.

Antara komen netizen terhadap perkongsian tersebut.

“Saya tak nak kehilangan suami dan saya tak nak anak saya tak dapat kasih sayang ayah dia macam orang lain. Tapi saya tak boleh terima suami saya buat macam ni,” luahnya lagi.

Menjengah ruangan komen, ternyata rata-rata netizen menyarankan supaya wanita tersebut mengangkat kaki kerana suaminya tidak akan berubah kerana sudah terbiasa bermain kayu tiga.

“Orang macam ni takkan berubah. Dengar cakap saya. Dia selesa untuk curang banyak kali sebab dia rasa selalu akan ada back-up. Dia curang, orang back-up dia, maafkan dia.

“Orang yang curang takkan pernah berubah awak… sampai kiamat. Melainkan dia stroke ke mati ke. Buang sajalah orang macam ni, awak takkan rugi apa-apa.

Move on la sis. Kalau dah perangai curang tu dah sebati jawapannya memang tunggu bila Izrail datang memanggil, baru nak insaf kot,” demikian pandangan netizen.

Scroll to Top