RSS Suria

9 tahun kahwin, lain macam posting isteri di media sosial… Suami tertanya-tanya maksud gambar langit, lagu galau

PERUBAHAN mendadak pasangan sememangnya boleh menimbulkan pelbagai tanda tanya serta prasangka dalam diri.

Sekiranya tidak disiasat untuk tujuan pencerahan, rumah tangga yang sudah dibina bertahun-tahun mungkin goyah dan runtuh gara-gara prasangka makin menebal seterusnya hilang kepercayaan terhadap pasangan.

Melalui satu luahan tanpa nama di laman X, seorang lelaki menzahirkan rasa gusar dengan perubahan sikap isterinya yang dapat dilihat menerusi posting-posting di media sosial.

Keharmonian rumah tangga memerlukan kerjasama kedua-dua belah pihak. -Gambar hiasan

Menurut lelaki itu, isterinya dilihat kerap membuat hantaran di platform digital, seolah-olah sedang jiwa kacau atau berduka (galau) tentang sesuatu tetapi tidak dapat dipastikan apakah puncanya.

“Aku sudah berkahwin selama sembilan tahun, Alhamdulillah kami dikurniakan tiga cahaya mata.

“Namun sejak kebelakangan ni, aku perasan isteri aku kerap muat naik story gambar langit di Instagram, lagu background pula sendu tentang cinta yang terhalang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan muda lebih penting makan… Isteri hirup sup panas sambil riba bayi, suami pelahap tak toleh kiri kanan

ARTIKEL BERKAITAN: Dimaki sebab mengidam roti canai, sampai sekarang dendam dengan suami! Terbongkar ramai lelaki sanggup kasari isteri hamil

“Selama perkahwinan aku dengan dia, tak pernah lagi aku nampak dia post benda yang menyedihkan seperti ini. Apakah perkara yang menyebabkan isteri aku berduka?

“Aku syak isteri aku tengah fikirkan sesuatu, mungkin ada seseorang dalam mindanya,” kata lelaki itu cuba mencungkil jawapan.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya memberikan tip yang mungkin boleh membantunya menentukan jika wujud kehadiran orang ketiga.

Dia buat begini supaya kau overthink dan belajar menghargai, mungkin selama ni kau lalai sampai semuanya diambil sambil lewa.

WARGA MAYA

“Benda pertama yang kau kena tengok, isteri kau ada pergi apa-apa reunion tak dalam masa beberapa bulan lepas, tak kisah la sekolah atau universiti. Kalau ada, hati-hati.

“Besar kebarangkalian dekat reunion tu isteri kau jumpa semula cinta pertama dia waktu zaman kegemilangan dulu, mungkin mereka terpaksa berpisah tetapi masih sayang-menyayangi dan kau hanyalah pilihan terakhir untuk dijadikan suami.

Pelayar bertukar pandangan.

“Memandangkan perempuan ni sangat kompleks, boleh jadi juga isteri tu sebenarnya dahagakan perhatian kau. Dia buat begini supaya kau overthink dan belajar menghargai, mungkin selama ni kau lalai sampai semuanya diambil sambil lewa.

“Sebenarnya masalah tak akan selesai kalau kita terus berteka-teki macam ni, perkara terbaik yang kau boleh buat adalah terus berdepan dengan isteri, kalau dia tipu maksudnya kau dah salah pilih pasangan. Good luck selamatkan keluarga kau,” ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top