SETIAP pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan zuriat sebagai penyeri rumah tangga.
Namun, memiliki cahaya mata bukanlah perkara mudah kerana melibatkan tanggungjawab yang besar dalam mendidik, membesarkan dan memberikan kasih sayang yang cukup.
Seiring kedudukan kewangan stabil, sebenarnya banyak lagi perkara yang perlu dipertimbangkan ketika merancang untuk memiliki cahaya mata, yang mana salah satunya adalah tempat tinggal yang selesa untuk anak-anak membesar.
Lebih-lebih lagi buat pasangan yang mahu menambah bilangan cahaya mata ataupun mengimpikan keluarga besar, banyak aspek yang perlu dipertimbangkan.
Sesetengah pasangan memilih untuk menghadkan bilangan cahaya mata kerana kos sara hidup yang kian tinggi. -Gambar hiasan
Sedang merasai situasi yang sama, seorang pelayar tampil berkongsi luahan menerusi satu hantaran di laman X.
“Seksa ya bila remaja ni tak ada privasi sebab kena share bilik,” tulisnya dalam hantaran berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Individu anggap generasi hari ini mengada-ngada! Mak ayah dah sedia semua masih ‘claim’ depresi, sikit-sikit ‘anxiety’
ARTIKEL BERKAITAN: Anak manja! Pekerja ‘otai’ di Singapura menyampah Gen Z kuat merungut Tambak Johor sesak… “Tak nak jammed, duduk kampung”
Tidak menerangkan lebih lanjut mengenai bilangan bilik di rumah ibu bapanya serta bilangan adik-beradiknya, pelayar tersebut bagaimanapun berkongsi nasihat buat pasangan lain agar mengambil berat perihal privasi anak-anak.
“Pesanan khidmat masyarakat buat semua bakal ibu bapa di luar sana. Jangan beranak banyak kalau korang tak mampu nak provide bilik untuk bakal anak-anak.
“Kalau bilik ekstra ada dua, biarlah ada dua je anak. Lagi-lagi kalau plan nak ada age gap yang dekat between children,” luahnya lagi.
Kira bersyukurlah ada tempat berteduh parents kau dah provide. Nak privacy sangat kau keluar je lah dari rumah tu.
NETIZEN
Hantaran berkenaan mengundang perhatian warga maya namun rata-ratanya membidas pandangan yang diutarakan pelayar tersebut.
Menurut netizen, soal privasi tidak wajar dijadikan sebagai isu oleh anak-anak memandangkan tidak semua pasangan mampu memiliki kediaman yang besar atau ruang yang cukup untuk memberikan privasi sepenuhnya kepada setiap ahli keluarga, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.
Netizen mengecam pandangan individu berkenaan.
“Anak yang tak pernah rasa susah.
“Kira bersyukurlah ada tempat berteduh parents kau dah provide. Nak privacy sangat kau keluar je lah dari rumah tu, cari tempat tinggal sendiri dan cari duit sendiri.
“Aku tujuh beradik. Rumah tiga bilik je. Satu bilik parents punya. Satu bilik share adik beradik lelaki, satu bilik lagi untuk adik beradik perempuan. Sederhana tapi mak abah sentiasa jaga kitaorang dengan terbaik.
“Tapi privacy apa yang anon (pelayar) nak? Tengok porn ke? Aku ada bilik sendiri pun selalu lepak ruang tamu je dengan family. Bilik tu masuk time salin baju dan tidur je,” komen netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube