BEKAS ahli kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal berdepan detik cemas apabila dimaklumkan mungkin terpaksa bersalin lebih awal berbanding tarikh sepatutnya.
Ia susulan dia mengalami pendarahan ketika usia kandungannya mencecah usia 30 minggu baru-baru ini sehingga terpaksa ditahan di wad selama empat hari.
“Doktor kata ada kemungkinan saya terpaksa bersalin lebih awal dan bayi baru 1.3 kilogram… Kalau bersalin bayi kena tahan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Syasya dan Nasrullah menghitung hari kelahiran anak pertama mereka.
“Saya sedih sangat sebab takut apa-apa jadi pada bayi malah saya terpaksa ditahan di bilik bersalin selama empat hari bagi membolehkan doktor memantau saya dan kandungan menggunakan cardiotocography (CTG).
“Saya tak fikir banyak masa itu, berdoa banyak-banyak supaya bayi tak ‘keluar’ lagi. Risau dia tak boleh bertahan dengan dunia luar kalau dilahirkan secara pra matang,” katanya.
Syasya mendedahkan perkara itu menerusi video hantaran di TikTok miliknya pada Jumaat.
Bercerita detik cemas itu, Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal, 23, memberitahu pendarahan berlaku ketika dia dan suami sedang mengemas barang-barang kelengkapan bayi di rumah.
ARTIKEL BERKAITAN: “Baby Emon is on the way” – Syasya umum hamil anak sulung
ARTIKEL BERKAITAN: Spekulasi sudah bernikah benar, Syasya selamat bergelar isteri pada Sabtu
Kata Syasya, dia kemudiannya mengesan ada pendarahan sebelum bergegas ke hospital dan dimaklumkan sudah berlaku kontraksi.
“Pada hari kejadian saya dan suami sedang kemas barang bayi, tiba-tiba saya rasa basah dan pegang ada darah tapi tidak rasa sakit.
“Saya terfikir adakah ini normal? Ketika itu sudah pukul 12 tengah malam dan kami bergegas ke hospital dan dimaklumkan sudah ada contraction,” katanya.
Kalau bersalin bayi kena tahan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
SYASYA RIZAL
PENYANYI
Sepanjang berada dalam bilik bersalin, Syasya memberitahu dia cuba bertenang dengan membaca doa Nabi Yunus bagi membantu urusannya dipermudah.
Bagaimanapun Syasya lega apabila pemeriksaan lanjut doktor mendapati kandungannya kembali normal.
“Saya amalkan doa Nabi Yunus, saya baca tak henti-henti dan saya rajin bercakap dengan bayi sambil usap perut.
Syasya dan Nasrullah berkahwin pada 20 April lalu.
“Doktor benarkan balik tapi kena makan ubat sebab masih ada pendarahan.
“Kemudian bila kembali berjumpa doktor, syukur Alhamdulillah semua dah okay dan sekarang tunggu sahaja bila bayi nak keluar,” ujarnya.
Untuk rekod, Syasya mendirikan rumah tangga dengan dengan Nasrullah Mohd Sapie, pada 20 April 2024.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!