ISLAM memberikan panduan yang sangat jelas serta terperinci berhubung batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang perlu dipatuhi umatnya.
Ketetapan ini perlu diikuti oleh semua umat Islam secara menyeluruh tanpa ada pengecualian, walaupun sesama ahli keluarga.
Jika batas-batas ini tidak dijaga, tidak mustahil akan berlaku perkara tidak diingini seperti zina dan sumbang mahram yang dilarang oleh agama.
Kehadiran orang ketiga boleh menjadi punca keretakan rumah tangga. -Gambar hiasan
Di aplikasi TikTok, seorang wanita berkongsi kebimbangan melibatkan hubungan antara suami dan adik perempuannya.
Lebih membuatkan dia buntu, wanita ini berkata mereka bertiga kini menetap di bawah satu bumbung sama.
“Saya ada adik perempuan yang duduk serumah dengan saya dan suami. Adik saya umur 20 tahun.
Takkan saya nak halau adik saya sedangkan dia tak tahu apa-apa pasal ni?
PENGADU
“Semalam tiada angin tiada ribut suami saya kata nak jujur dengan saya.
“Dia kata berdosa kalau dia tak jujur. Dia cakap dia bernafsu gila tengok adik perempuan saya,” ujar wanita itu.
Menurut pengadu, sebagai isteri sudah pasti hatinya remuk selepas mendengar pengakuan itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Gadis akui lelaki dalam Ipar Adalah Maut memang wujud! Suami kakak ‘baik di mata ahli keluarga’ berani pegang pinggang, luah perasaan
ARTIKEL BERKAITAN: 3 keluarga huni satu flat… Wanita stres ragam mentua, ipar! Kena bertudung 24 jam, terpaksa tahan lapar sampai gastrik
Dalam hantaran sama, pengadu berkata dia kini buntu dan sebolehnya enggan memaksa adiknya keluar dari kediaman.
“Adik saya jaga pakaian dia, tak pakai terdedah. Hati saya jangan kata hancur berkecai, kecewa pun ada. Sedih sangat.
“Saya tiada tempat meluah. Saya nak minta pendapat, apa perlu saya buat ya? Takkan saya nak halau adik saya sedangkan dia tak tahu apa-apa pasal ni?” ujarnya lagi.
Wanita itu turut meminta pendapat orang ramai dan berharap tiada sesiapa yang akan meninggalkan komen berbaur kecaman terhadapnya.
Kes suami atau isteri jalin hubungan dengan ipar memang wujud. -Gambar hiasan
Di ruangan komen, ramai netizen menyarankan agar dia menyuruh adiknya berpindah sebelum berlaku sebarang kejadian tidak diingini di dalam rumah itu.
“Minta adik pindah sebelum apa-apa jadi. Pedih sekarang lagi elok daripada sakit kemudian.
“Mengelak masalah lebih baik daripada menyelesaikan masalah. Adik tu kena tinggal di tempat lain.
“Suruh dia tengok filem Ipar Adalah Maut tu dulu,” tulis beberapa netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube