RSS Suria

Tinggal di taman perumahan pun dah tak tenang… Jiran bela ayam, siang malam asyik berkokok

MEMELIHARA haiwan sudah menjadi satu perkara biasa dan mana mungkin kita dapat menghalang binatang peliharaan jiran seperti kucing daripada mengiau atau menyuruh anjing berhenti menyalak.

Di kawasan kampung pula, bunyi ayam berkokok atau kambing mengembek sudah jadi perkara biasa tetapi pelik jika bunyi-bunyian itu didengari di taman perumahan.

Mana tidaknya, haiwan seperti ayam, kambing atau lembu tempatnya adalah di kandang atau reban, jika dibela di belakang rumah pasti mengganggu ketenteraman jiran tetangga.

Ayam sesuai diternak di kawasan kampung berbanding taman perumahan. - Gambar hiasan

Ayam sesuai diternak di kawasan kampung berbanding taman perumahan. -Gambar hiasan

Bagaimanapun, itulah situasi yang dialami seorang penduduk taman perumahan yang rimas dengan tindakan jirannya membela ayam.

Individu yang tidak mendedahkan identitinya itu memaklumkan, dia masih boleh faham dan bertolak ansur jika tinggal di kawasan kampung, tetapi tindakan membela ayam di taman perumahan dianggap tidak wajar dan menganggu privasi penduduk lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat perangai macam di negara sendiri, warga asing bebas bela ayam di taman perumahan! Jiran stres kena hadap bau tahi

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit hati rumah jadi ‘port’ kucing berak, siap kencing merata… Pemuda makin stres jiran pura-pura tak mengaku bela si bulus!

“Macam mana dan dekat mana nak buat laporan jiran bela ayam dekat kawasan taman perumahan? Atau memang boleh je bela ayam? Puas cakap dekat tuan rumah tetapi buat tak tahu.

“Ayam berkokok pukul 1 hingga 6 pagi, orang nak tidur. Kita ada anak kecil. Siang tak boleh tidur, malam pun tak boleh tidur,” luahnya di kumpulan komuniti di Facebook.

Luahan individu berkenaan mendapat respon warga maya yang memintanya membuat laporan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Selain itu ada juga netizen berkongsi pengalaman serupa.

Buat laporan dekat majlis bandaran atau Pihak Berkuasa Tempatan.

NETIZEN

“Jiran akak pun sama. Ayam sebenarnya tak berkokok tiap masa. Tapi jiran akak ni ayam dia berkokok 24 jam pula.

“Buat laporan dekat majlis bandaran atau Pihak Berkuasa Tempatan, nanti mereka ambil binatang tu.

“Dia ada hak nak membela selagi mana bukan untuk komersil dan selagi mana tidak mengganggu gugat keadaan sekeliling. Nak komplen boleh tetapi untuk pencemaran bau saja la kot,” beberapa netizen memberi pendapat.

Luahan jiran dan pandangan netizen

Luahan jiran dan pandangan netizen

Sementara itu, berdasarkan Seksyen 2 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) tindakan boleh dikenakan terhadap individu yang menyebabkan kacau ganggu yang menjejaskan keselamatan atau hak-hak penduduk-penduduk umum.

Antara jenis kacau ganggu seperti haiwan ternakan berkeliaran di tempat awam dan memelihara ternakan dalam kawasan kediaman.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top