RSS Suria

Suami disangka kaya rupanya banyak hutang, perangai ‘ke laut’! Wanita gigit jari tengok ex-BF dan isteri, bahagia walau sederhana

RASA kesal menyelubungi diri seorang wanita gara-gara terpedaya dengan kemewahan dan kestabilan seorang lelaki yang kini bergelar suaminya, tanpa melihat nilai-nilai yang lebih penting dalam hubungan.

Sebagaimana dikongsikan di X, wanita berkenaan menyesal meninggalkan bekas kekasihnya yang serba serbinya sederhana demi pemuda yang nampak mewah dan terjamin.

Namun percaturannya ternyata salah dan cuma menyedari hakikat ini selepas bernikah dengan pemuda yang disangkakan berduit dan mampu memberikan kebahagiaan buat dirinya.

Seorang wanita sedih bekas kekasihnya sudah berkahwin. -Gambar hiasan

“Saya menyesal tinggalkan bekas kekasih yang baik sebab mahukan lelaki yang konon stabil. Ada kereta dan rumah macam saya nak.

“Tapi rupanya pinjaman dan banyak lagi loan lain. Tak masuk bab kedekut, tak luangkan masa untuk saya. Perhatian yang saya nak pun tak dapat.

“Cakap kasar dengan saya. Rasa dia ambil kesempatan je dekat saya,” jelasnya memulakan cerita mengenai keinginan menjadi isteri kepada lelaki kaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hidup tak tenang dapat suami suka menggatal, paling teruk curang masa dalam pantang… Isteri menyesal nikah lelaki tak sekufu

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bawa diri lepas cerai, bekas suami hampir gila rindukan janda! Menyesal tak sudah ‘pasang 2’ – “Saya sunyi walau ada GF”

Mengenangkan nasib yang menimpa dirinya, dia mula membandingkan cara layanan diterima daripada kedua-dua pemuda berkenaan.

Selepas meninggalkan bekas kekasih, dia akhirnya sedar bahawa kemewahan tidak menjanjikan kebahagiaan sebaliknya hanya membawa kepada kekecewaan dan penyesalan tak sudah.

Namun sudah terlambat untuk pengadu berpatah balik kepada bekas kekasihnya kerana lelaki itu sudah bahagia selepas mendirikan rumah tangga dengan wanita lain.

Eh bukan ke duit boleh memberi kebahagiaan. Realiti tak macam tu ye?

NETIZEN

“Bekas kekasih saya dulu baik, penyayang, banyak luang masa, apa yang saya nak walaupun tak mewah dia boleh bagi walaupun tak berapa senang.

“Harta dia sebuah motosikal je tapi saya lupa sederhana tu lebih baik. Cari lelaki kaya tapi perangai ‘ke laut’. Sekarang bekas kekasih saya sudah bahagia dengan isteri dia. Bini dia ada dengan dia dari ada motor je sampai ada kereta.

“Hidup mereka bahagia. Orang rajin kan, boleh senang dengan usaha. Miskin boleh jadi kaya tapi kalau akhlak buruk ingat senang ke nak ubah,” ujar wanita itu meluahkan kekesalan.

Komen netizen di X.

Perkongsian wanita ini mendapat perhatian di media sosial selepas dimuat naik semula di laman X.

Kebanyakan warga maya tidak bersimpati dengan luahan hatinya malah menyindir dirinya.

“Nasi sudah jadi bubur anon. Tamak sangat.

“Kasihan… dah tak boleh patah balik masa kan?

“Eh bukan ke duit boleh memberi kebahagiaan. Realiti tak macam tu ye?

“Syukur jumpa yang sekufu. Ramai mana perempuan dekat luar sekarang ni nak yang sekufu. Perangai belakang kira,” kata beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top