JENAYAH penipuan dalam talian dilihat semakin menggusarkan apabila semakin ramai tampil mengadu menjadi mangsa.
Teknik penipuan online masa kini biasanya dilakukan menggunakan media sosial seperti Facebook dan Instagram, serta aplikasi tertentu seperti platform mencari jodoh.
Melihat senario ini, setiap individu perlu berhati-hati apabila berkomunikasi dengan orang tidak dikenali secara maya, bimbang termasuk perangkap scammer.
Seorang wanita tidak mudah memberikan wang kepada lelaki baru dikenali dalam talian. -Gambar hiasan
Bagi wanita yang sedang mencari jodoh, mereka perlu berhati-hati, bimbang termasuk perangkap lelaki yang mempunyai niat tidak baik.
Perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Zaana ternyata membuka mata ramai kaum Hawa apabila lelaki yang baru dikenalinya di platform cari jodoh berani meminta pinjam wang.
Menerusi tangkap layar dikongsikan, dapat dilihat lelaki itu meminta untuk dipinjamkan RM50 dengan memberikan banyak alasan.
“Kisahnya, kenal dua tiga hari dekat aplikasi cari jodoh dalam Facebook. Lepas tu kami bertukar nombor telefon.
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ‘DM’ ajak kenal, wanita jual mahal terus malukan di media sosial – “Kita mahu orang lain, tapi lain pula datang”
ARTIKEL BERKAITAN: Semakin beri makin ‘rancak’ minta, sedar-sedar 5K dah dikikis! Wanita tinggalkan kaki hutang, sebulan tunang terus putus
“Tiba-tiba dia mesej cakap nak balik kampung tapi tak ada duit, kad dia bermasalah.
“Dia (dakwa) nak QR tak boleh sebab untuk proses perbankan sebab telefon lamanya rosak, ada akaun lain tapi tak ada duit,” kata wanita itu memulakan cerita.
Bagaimanapun katanya, tindakan lelaki yang baru dikenali ini menghantar mesej sebegitu sudah membuatkan dia berasa pelik dan nekad untuk tidak memberi pinjam wang dengan mudah.
Tiba-tiba dia mesej cakap nak balik kampung tapi tak ada duit dan kad bermasalah.
ZANAA
“Masa dia cakap nak balik kampung kad rosak tu aku dah boleh agak mesti nak pinjam duit.
“Aku suruh dia pinjam daripada kawan. Dia cakap semua kawannya tak balas dan mereka hanya ada bila waktu ada duit.
“Lepas aku tak bagi pinjam, dia cakap ‘saya saja je luahkan dekat awak’,” katanya.
Bercerita lanjut mengenai perkenalan dan hubungan dengan lelaki itu, dia memberitahu hanya berkenalan tiga hari lalu dan hanya berbalas mesej singkat.
Pelbagai teknik penipuan dilakukan dalam talian.
“Kami kenal dua tiga hari, perbualan dalam WhatsApp pun ada tiga baris. Jadi aku tegur dalam WhatsApp berkaitan perangai dia.
“Dulu ex aku pun macam ni, buat ayat (simpati) tak makan. Sudah terlanjur sayang, aku bagi juga. Lama kelamaan makin menjadi, bila dia (ex) nak makan aku pesan je makanan,” tegasnya.
Sementara itu, warga maya turut menyarankan agar wanita ini menyekat individu berkenaan dan tidak memberikan wang seperti yang diminta.
“Saya berkenalan dengan seorang lelaki juga di aplikasi cari jodoh, dia kata duda dan guna anak untuk minta duit.
“Jangan layan spesis lelaki begini, mereka scam.
“Scam ni. Dah terbiasa buat dekat ramai perempuan. Jangan percaya,” demikian antara komen warganet.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube