RSS Suria

“Kesian, makan pun kena minta izin” – Geng feminis sindir wanita jaga adab dengan suami, tuduh pula ‘dipijak’ lelaki

MENGHORMATI pasangan merupakan kunci kebahagiaan dalam rumah tangga.

Namun seorang wanita meluahkan rasa kesal apabila tindakannya meminta izin suami sebelum melakukan sesuatu perkara dipandang serong oleh orang sekeliling.

Menurut pengadu, dia berdepan situasi itu ketika berkunjung ke sebuah kedai makan bersama suaminya.

Photoshoot for MOB Top 10 pet peeves in the cinema. AZMAN GHANI/ The Star

Pasangan suami isteri pelu saling menghormati. -Gambar hiasan

“Zaman sekarang kalau isteri hormat suami akan dianggap pelik di mata umum ke? Semalam suami bawa pergi makan. Saya dengan suami tengah order. Ada geng perempuan tengah order juga.

“Saya tanya suami untuk add on (makanan) dan suami jawab boleh. Kemudian dia bayar. Pertanyaan itu didengari oleh geng-geng feminis sebelah saya tu. Masa makan saya dengar mereka bincang tentang kami.

“Mereka kata kesian, nak makan pun kena minta izin. Mereka kata lagi sebab itulah kena ada duit sendiri supaya tak dipijak suami,” imbas wanita itu dalam perkongsiannya di media sosial.

Kedai tu tengah sunyi jadi kami dapat dengar perbualan mereka dengan jelas.

PENGADU

Lebih menyedihkan, wanita itu berkata kedai makanan segera itu agak sepi, menyebabkan dia dan suaminya dapat mendengar perbualan berkenaan secara jelas.

Dalam hantaran sama, wanita itu berkata dia juga memiliki pendapatan sendiri, namun tetap akan meminta izin suami sebelum melakukan apa-apa perkara.

“Kedai tu tengah sunyi jadi kami dapat dengar mereka dengan jelas. Tapi ini penjelasan saya. Saya ada pendapatan sendiri, malah gaji saya dua kali ganda lebih tinggi berbanding suami.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami syak isteri terikut ‘mazhab’ feminism di ofis selepas pindah KL! Asyik cakap pasal hak, tolong cedok nasi pun berkira

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kantoi check-in dengan budak tingkatan 1, beritahu isteri ‘ringan-ringan’ saja – “Mesejnya tak seperti umur 13 tahun”

“Tapi suami saya bayar semuanya, dia nak macam tu. Jadi saya memang akan minta izin sebelum beli apa-apa sebab saya peka dengan kemampuan kewangannya,” luahnya lagi.

Akhir perkongsiannya, wanita itu memberi peringatan kepada kaum Hawa agar berpada-pada dalam memperjuangkan hak supaya tidak menyimpang daripada ajaran Islam.

“Bukankah minta izin suami sebelum buat apa-apa adalah ajaran asas dalam Islam. Tak faham kenapa ada yang rasa pelik. Sekian daripada saya yang masih terkedu sebab jadi topik geng terpaling feminis.

“Tak salah nak perjuangkan hak wanita, saya pun sokong tapi jangan keliru dengan benda yang agama kita dah ajar,” tulisnya lagi.

Story on Wave credit and debit card. RAYMOND OOI/ The Star

Masalah kewangan boleh menjadi punca perbalahan antara pasangan. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, ramai pelayar X turut memuji wanita itu dan berharap agar dia terus mengamalkan sikap berkenaan dalam rumah tangganya.

“Alhamdulillah, awak adalah isteri yang menjadi idaman semua suami.

“Jaga rumah tangga awak elok-elok, abaikan mulut longkang tu.

“Selalunya geng yang berhujah begitu belum kahwin,” tulis netizen.

Untuk makluman, menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat, feminis adalah gerakan atau faham yang menuntut persamaan hak wanita seperti yang dinikmati kaum lelaki.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top