KESUKARAN mendapatkan pekerjaan tetap selepas tamat pengajian di peringkat ijazah membuatkan ramai graduan memilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Ada yang beranggapan dengan taraf pendidikan lebih tinggi, seseorang itu mudah diserap masuk ke dalam sektor pekerjaan dengan tawaran gaji lumayan.
Walau bagaimanapun, terdapat ramai graduan yang memilih untuk terus melanjutkan pengajian selepas tamat program ijazah.
Menerusi satu hantaran di media sosial, seorang wanita tampil berkongsi pandangan tentang kewajaran melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).
Kebanyakan majikan mengutamakan pengalaman kerja berbanding tahap akademik. -Gambar hiasan
Mendakwa apa yang dikongsikan adalah realiti masa kini, dia turut menyatakan graduan ijazah akan membuang masa sekiranya terus ‘mengejar’ akademik.
“Saya rasa sambung belajar buat master dan PhD sangatlah membuang masa.
“Untuk adik-adik yang baru habis ijazah, jangan buang masa untuk sambung master. Ini kebenaran yang pahit,” coretnya sambil memberikan beberapa hujah bagi menyokong kenyataannya.
Bagi wanita ini, seseorang itu hanya perlu sambung belajar apabila syarikat yang disertai menetapkan syarat memiliki sarjana untuk kenaikan gaji.
ARTIKEL BERKAITAN: Pernah gagal temuduga cikgu, graduan USM tak putus asa nak jadi pendidik… Pandai cari duit buat bisnes gajet, yang penting tak menganggur
ARTIKEL BERKAITAN: Lama menganggur, siswazah nak sambung belajar lari dari masalah! Tak fikir mak ayah kena tanggung kos – “Awak fikir ada master boleh dapat kerja?”
Malah katanya, graduan perlu menimba pengalaman beberapa tahun dalam industri yang diceburi.
“Apabila ada master tanpa sebarang pengalaman kerja, percayalah tiada majikan yang nak ambil bekerja sebab overqualified dan tak ada pengalaman.
“Paling sedih adalah Malaysia bukan negara yang berorientasikan penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Percayalah, sambung belajar selepas dah kerja lagi senang sebab pengalaman yang ada sangat membantu.
WARGA MAYA
“Kesemua tesis tu tak digunakan dalam industri Malaysia, masa temuduga pun majikan tak tanya tesis yang dibuat berkenaan apa melainkan ia memberi sumbangan.
“Laluan kerjaya bagi anda yang sambung master dan PhD hanyalah pensyarah atau penyelidik. Tapi hakikatnya banyak je graduan PhD yang masih belum dapat kerja sampai sekarang,” dakwanya lagi.
Meskipun lebih menggalakkan para graduan ijazah untuk mendapatkan pengalaman kerja terlebih dahulu, namun katanya keputusan itu adalah hak peribadi setiap individu.
Pada masa sama dia menjelaskan bahawa perkongsian yang dibuat bukanlah bertujuan untuk mengkritik atau mengutuk mereka yang memilih melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Warga maya memberikan reaksi dan pandangan masing-masing.
Namun ia sebagai nasihat supaya graduan ijazah melihat secara menyeluruh tentang realiti masa kini.
“Saya tak condemn anda yang menuntut ilmu sampai master atau PhD. Sangatlah bagus tapi kena berpijak pada bumi yang nyata,” tambahnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, terdapat pelbagai reaksi dan pandangan daripada warga maya berhubung perkara tersebut.
“Awak dah habis PhD ke sampai tahu sambung master dan PhD ni buang masa? Jika belum, berapa gaji sekarang? Nak banding dengan saya yang dah ada PhD ni.
“Saya kerja dalam industri selama 15 tahun kemudian sambung MPhil (Master in Philosophy) sebab syarikat taja. Percayalah, sambung belajar selepas dah kerja lagi senang sebab pengalaman yang ada sangat membantu. Sekarang nak sambung PhD.
“Sama macam umi cakap… dulu dia terus sambung master, sekarang dia nasihat anak supaya jangan sambung tapi kerja dulu cari pengalaman.
“Daripada sambung master baiklah ambil sijil profesional yang berkaitan dengan kerja. Lagi pun kalau sambung, bukan untuk tambah ilmu tetapi untuk luaskan networking saja. Kalau tak pernah kerja, networking hanyalah dengan pelajar,” demikian pandangan warga maya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube