RSS Suria

Rosyam Nor tak tahu dakwaan kesihatan Syamsul Yusof kurang baik, kali terakhir berhubung raya lalu

PELAKON Datuk Rosyam Nor tidak tahu menahu mengenai dakwaan mengatakan kesihatan pengarah Syamsul Yusof berada dalam keadaan kurang baik.

Rosyam aau Mohamed Noor Shamsuddin, 57, berkata, kali terakhir dia berhubung dengan Syamsul adalah ketika sambutan Aidilfitri pada April lalu namun sekadar berbalas ucapan raya di WhatsApp.

“Saya tak tahu. Saya shooting dengan dia filem The Original Gangster okay sahaja tahun lalu.

size NP 1 - 2024-05-11T122541.322

Kali terakhir Rosyam dan Syamsul berjumpa di set penggambaran filem The Original Gangster.

“Kali terakhir berkomunikasi pun masa hari raya tempoh hari, saya ada WhatsApp dia ucapan raya,” katanya kepada mStar.

Rosyam berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pratonton filem lakonan terbaharunya iaitu Memoir Seorang Guru yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada Khamis lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sekali lagi angkat genre seram, produksi tampil gabungan pelakon Indonesia-Malaysia dalam ‘The Parcel’

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Geng Kubur’ jentik memori lalu, kisah 4 sahabat main psikologi penonton

Dalam perkembangan lain, Rosyam meluahkan rasa teruja dengan filem terbaharunya iaitu Memoir Seorang Guru yang bakal ditayangkan di pawagam bermula 30 Mei ini.

Kata Rosyam, filem adaptasi novel penulisan Allahyarham Azizi Abdullah ini sarat dengan mesej positif kepada penonton bakal membuatkan emosi penonton terusik.

Selain Rosyam, filem ini menggabungkan barisan pelakon terkenal lain seperti Nabila Huda, Johan As’ari, Zul Huzaimi, Hariz Hamdan dan Trisha Ooi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top