PASANG surut dalam perkahwinan merupakan lumrah biasa.
Namun, seorang wanita berusia 45 tahun tular di media sosial selepas mendedahkan dia mula tawar hati dan mahu bercerai dengan pasangannya.
Lebih mengejutkan, wanita itu berkata dia sudah tidak larat untuk menjaga suaminya yang menghidap penyakit kronik sejak tiga tahun lalu.
Ramai individu berdepan masalah kesihatan seiring peningkatan usia mereka. -Gambar hiasan
“Saya benar-benar tawar hati dengan suami, saya tak mampu nak hadap dan jaga dia lagi. Suami sudah tiga tahun sakit kronik. Apakah harus saya menuntut cerai?
“Sebab rasa berdosa hidup dalam rumah tangga macam ni. Saya selalu berfikir indahnya jika ada seorang suami yang baik, ada tempat bermanja,” luahnya.
Menurut wanita itu, dia dan suaminya sebaya, namun dia yang terpaksa membanting tulang sendirian untuk keluarga sejak mereka mendirikan rumah tangga.
Semasa suami sihat, saya juga yang menangung keluarga… siang malam berniaga.
ISTERI
“Saya tawar hati sangat, hidup kerja pagi petang, semuanya demi anak-anak tersayang. Jiwa saya sengsara.
“Saya biarkan saja suami di bilik bawah, saya tak mampu bagi makan, kadang-kadang makan biskut roti saja,” ceritanya lagi.
Semasa masih sihat, pengadu berkata suaminya juga seorang yang pemalas dan tidak pernah menghulurkan nafkah kepadanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Bayangkan suami minta nak poligami, isteri yakin tiada masalah hidup bermadu! Ramai suruh hadap dulu, baru sembang
ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya ramai isteri tak periksa phone suami… Peguam syarie kongsi kisah tanda curang muncul tanpa sengaja, akhirnya kantoi
“Banyak duit saya habis, dah la kena tanggung anak-anak sekolah lagi. Semasa suami sihat, saya juga yang menangung keluarga, siang malam berniaga.
“Suami saya orangnya kedekut. Tapi dia baik, sopan, tak pernah berkasar dan selalu bantu jaga anak-anak.
“Sedih hati Allah saja tahu. Makan, pakaian sekolah, baju raya, yuran anak-anak sejak 20 tahun lalu saya yang cari,” ujarnya.
*
Beban menjaga orang sakit amatlah berat, apatah lagi jika ia melibatkan suami sendiri. -Gambar hiasan
Dalam pada itu, pengguna TikTok turut meninggalkan nasihat mereka buat pengadu di ruangan komen.
“Orang hanya boleh berkata, yang hadap dan rasa hanya awak. Fikir sewaras-warasnya dan buatlah keputusan sendiri.
“Dah tak bagi nafkah, patut awal lagi dah tinggal, tunggu sampai 20 tahun, bertambah dosa masing-masing.
“Dik, layan suami sebaik mungkin. Cuba bersabar. Insya-Allah ganjaran syurga,” tulis beberapa netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube