BAGI segelintir ibu bapa, perbuatan memarahi, mencubit apatah lagi memukul anak sendiri adalah begitu asing kerana percaya ia bukan cara yang baik untuk mendidik.
Namun apabila ada yang berani ‘menyentuh’ anak mereka tanpa sebab, maka tidak hairanlah jika si ibu atau bapa akan melenting.
Begitulah yang menimpa sepasang suami isteri ketika membawa bayi mereka keluar membeli-belah di sebuah pasar raya.
“Tadi aku keluar shopping dengan suami dan anak aku yang baru berusia lapan bulan. Tengah pilih baju, tiba-tiba ada budak berusia lingkungan enam tahun tapi badannya besar macam darjah dua, datang dekat suami aku yang tengah dukung anak.
“Mula-mula ingatkan dia nak main, tapi rupanya dia terus lepuk anak aku. Suami aku pun terkejut, anak aku terpinga-pinga tak faham apa yang terjadi,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.
Gelagat anak-anak ketika dibawa ke pasar raya. -Gambar hiasan
Tidak cukup sekadar itu, kanak-kanak berkenaan didakwa terus membuat onar di hadapan suami dan anaknya.
“Budak tu tak habis kat situ. Dia naik panjat suami aku sebab nak capai anak aku lagi. Dia pukul-pukul, nak gigit kaki anak aku pula.
“Aku dah tepis tangan dia, risau anak aku cedera,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Kecil-kecil dah pandai tampar kawan, bapa sedar anak tiru tindakannya! Menyesal guna ‘hukuman’ cubit, pukul di rumah
ARTIKEL BERKAITAN: Kuih jualan berterabur dilanggar budak nakal, langsung tak minta maaf… Wanita saksi kejadian tak biar, ambil tindakan sendiri!
Tambah wanita terbabit, apa yang lebih menyakitkan hati ialah sikap ibu kanak-kanak nakal itu yang hanya membiarkan tindakan luar kawal anaknya.
“Yang buat aku geram, mak dia ada je kat situ. Tapi dia boleh buat macam tak nampak langsung.
Kalau saya, marah je budak tu… enam tahun dah faham baik buruk, bukannya dua tahun.
NETIZEN
“Tapi satu hal, dia sibuk pilih baju sambil panggil pekerja suruh layan dia. Staf tu tengah layan orang lain pun dia tak peduli.
“Nampak muka pekerja tu pun dah serabut, tapi sabar je. Mak budak tu berjubah hitam dan berpurdah macam orang Arab. Tak tahu common sense, geramnya,” katanya lagi.
Seorang bapa mahu memastikan anaknya tidak dipengaruhi dengan perkara negatif. -Gambar hiasan
Mengimbas kembali, wanita itu meluahkan rasa kesal terhadap kejadian yang berlaku dan menganggapnya sebagai keterlaluan.
“Mak mana yang tak geram kalau anak kena macam ni? Apa mak budak tu fikir? Buat tak tahu je anak dia kacau orang,” katanya sambil mendedahkan dia dan suami terpaksa membatalkan hasrat untuk membeli-belah disebabkan kejadian yang berlaku.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan insiden tersebut, malah mereka berang dengan sikap ibu kanak-kanak nakal itu kerana tidak bertanggungjawab.
“Kalau aku memang cubit dah. Kalau betul mak dia Arab, sis patut buat je sebab ni negara kita kot.
“Berani buat anak orang ye. Kalau mak dia respons minta maaf, saya okay. Kalau tak, memang kena ‘petir’ kat situ juga.
“Tarik je budak tu daripada suami. Suka hati buat anak orang macam tu. Ni nakal memang kat mana-mana je.
“Kalau saya, marah je budak tu. Enam tahun dah faham baik buruk, bukannya dua tahun,” demikian antara komen netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube