RSS Suria

Empat tahun kenal hati budi, Pasya Mentor sah bergelar suami ahli perniagaan

EMPAT tahun mengenal hati budi, penyanyi Pasya Mentor selamat bergelar suami kepada ahli perniagaan Aidil Syazwani Sardon dengan sekali lafaz pada malam Khamis.

Majlis pernikahan pasangan tersebut diadakan di The Urban Heritage Ballroom, Kuala Lumpur.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu Datuk Sardon Hassan pada pukul 8.20 malam.

pasha 2

Dengan sekali lafaz Pasya sah menjadi milik Syazwani.

Pada majlis itu, Pasya atau Faizul Ashraff Fauzi, 29, turut menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 berserta wang hantaran sebanyak RM10,000.

Pengantin lelaki turut memberikan lima dulang hantaran antaranya sebentuk cincin emas, senaskah al-Quran dan beg tangan.

Manakala Syazwani pula membalas tujuh dulang hantaran kepada pihak lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelancong Iran cuba ‘scam’ Pasya Mentor 7, minta buat busking istimewa tapi enggan bayar RM200

ARTIKEL BERKAITAN: Pasya Mentor 7 bukan merajuk, cuma hilangkan diri jadi busker – “Mula dengan modal RM300 saya pindah ke negeri orang”

Majlis pernikahan pasangan itu turut disaksikan ahli keluarga dan kenalan kedua-dua belah pihak.

Pasya dan Syazwani mula berkenalan pada 2020 apabila penyanyi itu dipanggil untuk membuat persembahan di restoran keluarga milik isterinya.

Ikatan cinta mereka mula menjadi serius apabila pasangan tersebut memutuskan untuk mengikat tali pertunangan pada 7 Jun lalu sebelum mengambil keputusan berkahwin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top