RSS Suria

Fazura selesai jalani tempoh idah, anggap pengakhiran dan permulaan untuk segalanya

PELAKON Nur Fazura selesai menjalani tempoh idah selepas bercerai dengan aktor Fattah Amin pada 7 Oktober lalu.

Berkongsi perkara tersebut, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, juga menganggap ia sebagai permulaan baharu dalam hidupnya.

“Pengakiran dan permulaan untuk segalanya,” katanya.

fazura 2

Fazura menerima banyak ucapan dan kata-kata semangat.

Fazura menulis perkara tersebut di Instagram miliknya berserta gambar dia manis tersenyum dengan busana berwarna putih.

Pada ruangan kapsyen juga dia meletakkan tanda pagar meluahkan rasa syukur dan ketenangann.

Pelakon ini juga turut mengucapkan penghargaan terima kasih buat teman-teman rapat yang membuat hantaran semula (re-post) terhadap perkongsian tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura dan Fattah Amin sah bercerai talak satu

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh masih simpan dendam terhadap Fattah, Fazura tak maafkan netizen tulis komen fitnah

Sementara itu, menerusi ruangan komen ramai mendoakannya agar terus memperoleh kebahagiaan menjalani kehidupan bersama anaknya di masa akan datang.

“Semoga Allah gantikan dengan sebaik-baik keindahan kehidupan buat Fazura dan Fatima.

“Selamat maju jaya untuk masa depan. Awak tentukan masa depan dan bertanggungjawab untuk kebahagiaan sendiri.

fazura 3

Fattah dan Fazura sah bercerai selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

“Satu pintu tertutup, seribu pintu terbuka untuk awak,” komen netizen.

Untuk rekod Fazura dan Fattah sah bercerai talak atu pada 7 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari dekat Shah Alam.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top