RSS Suria

Ain Edruce umum bakal timang anak lelaki, sempat usik suami dah lupa berapa tahun kahwin

SELEPAS mengumumkan kehamilan anak kedua, pengacara Ain Edruce berkongsi berita gembira bakal menimang bayi lelaki.

Gembira menanti kehadiran cahaya mata itu, Ain atau Nurul Ain Edruce, 33, berharap anak berkenaan menambahkan lagi kebahagiaan dalam keluarga mereka.

“Apa-apa pun baby baharu adalah seorang lelaki.

Untitled design (6)

Ain bersyukur diberi kehidupan gembira bersama Amirul dan Soraya.

“Semoga awak (Amirul) bahagia sekarang kerana mungkin drama akan berkurangan di rumah. Sama-sama kita doakan,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Sabtu.

Pada 1 Disember lalu, Ain berkongsi dirinya mengadakan majlis gender reveal, namun tidak berkongsi lebih lanjut mengenai usia dan jantina bayi dikandungnya.

Pengumuman itu dibuat bersempena ulang tahun perkahwinannya dengan suami iaitu Amirul Hafiz.

ARTIKEL BERKAITAN: Ain Edruce hamil anak kedua, suami paling gembira selepas acara ‘gender reveal’

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak pernah rasa sakit macam ini” – Ain Edruce keguguran, impian timang anak kedua tidak kesampaian

Berseloroh mengenai ulang tahun berkenaan, Ain berkata dia hampir terlupa mengenai tempoh perkahwinan mereka.

“Selamat ulang tahun perkahwinan! Saya sayang awak (Amirul).

“Selamat ulang tahun perkahwinan. Dah berapa tahun dah. Lupalah. Tetapi rasa macam lama lah. Ke belum lama lagi?” ujarnya.

Untuk rekod, Ain dan Amirul mendirikan rumah tangga pada 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Soraya yang kini berusia 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top