PELAKON Eyra Hazali kesal apabila suaminya, Haziq Nadzil masih menerima kecaman netizen di media sosial selepas kekalahan Malaysia menentang Thailand pada Sabtu lalu.
Terbaharu, ada netizen mengharapkan penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan itu menerima nasib sama seperti pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim.
Memandangkan serius perkara itu, Eyra atau Hazira Qasdina Hazali, 25, berkata status ditulis netizen itu bukanlah gurauan yang boleh dibuat main.
Ciapan yang ditinggalkan netizen di aplikasi X.
“Benda ini bukan kelakar ya!” tulisnya.
Eyra berkongsi perkara itu semasa membalas ciapan seorang netizen di aplikasi X miliknya.
“Selepas ini Haziq Nadzli kena simbah asid,” ujar netizen berkenaan.
Ciapan tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata menganggap ia sebagai perkara yang biadab.
ARTIKEL BERKAITAN: Kesilapan Haziq Nadzli undang kecaman netizen… Eyra Hazali tak boleh terima doa suami lumpuh
ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Eyra Hazali selamat bersalin anak ketiga
Malah mereka juga menasihatkan Eyra agar membuat laporan polis mengenai perkara itu.
Sebelum ini, Eyra memohon netizen menjaga percakapan dan tidak mendoakan keburukan terhadap suaminya selepas Haziq melakukan kesalahan sehingga membantu pasukan Thailand mendapatkan tiga mata penting dalam saingan Piala Asean 2024.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Rajamangla, Bangkok itu menyaksikan kemenangan tipis Thailand dengan jaringan 1-0.
Jaringan itu merupakan daripada hantaran Haziq yang tersasar singgah ke kaki pemain tengah serangan Thailand, Suphanat Mueanta damn mengumpan penyerang Patrik Gustavsson untuk menyempurnakan jaringan penentu perlawanan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!