RSS Suria

Tak sempat minta ampun dengan ayah, wanita menyesal tutup telefon sebelum tidur – “Kalau saya tahu awal…”

TIDUR yang berkualiti penting untuk kesejahteraan tubuh badan.

Justeru demi mendapatkan tidur yang nyenyak, ada dalam kalangan netizen menyarankan agar mematikan data selular dan WiFi pada telefon pintar apabila masuk larut malam.

Kaedah ini dikatakan dapat mencegah seseorang itu daripada leka melayari internet sehingga melangkaui waktu tidur yang ideal, sekali gus menjamin badan yang lebih segar apabila bangun pagi keesokan harinya.

Gangguan daripada telefon pintar boleh mengganggu corak tidur seseorang. -Gambar hiasan

Walaupun tip berkenaan dilihat mendapat sambutan positif daripada rata-rata warga maya, seorang wanita tampil mendedahkan rasa penyesalan kerana mengamalkan petua itu sebelum ini.

Menurutnya, kerana telefon pintarnya dimatikan, dia terlepas berita penting tentang ayahnya yang terlibat nahas dan akhirnya dijemput Ilahi.

“Apabila saya baca petua ni, saya teringat dekat momen paling gelap dalam hidup saya 12 tahun lalu. Saya dulu pun sejenis yang suka tutup telefon pintar apabila nak tidur malam.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kaki masjid’ meninggal sendirian di rumah, mujur jiran prihatin! Ustaz imbas kisah nyaris jatuh balkoni, jirannya pantas bantu

ARTIKEL BERKAITAN: Terjumpa kertas tulisan tangan arwah suami selepas 5 bulan meninggal… Isteri baru habis berpantang dedah pesan terakhir

“Saya tak mahu ada gangguan langsung ketika saya tidur, tiada siapa yang boleh hubungi saya. Jadi waktu hari kejadian, tiba-tiba kawan serumah datang ketuk pintu bilik, dia kata tengah viral dekat media sosial ayah saya meninggal dunia.

“Saya tak dapat maklumat sebab saya dah matikan phone awal-awal. Hanya Tuhan je tahu betapa remuknya hati saya ketika tu. Saya cepat-cepat panggil teksi untuk pergi ke lapangan terbang berdekatan dan pulang ke kampung.

“Mungkin kalau saya tahu lebih awal, saya sempat untuk balik dan ucapkan selamat tinggal dekat ayah ketika dia masih ada. Sejak daripada hari tu, saya tak pernah lagi matikan telefon waktu nak tidur malam,” kata wanita itu terkilan.

Petua ni hanya untuk mereka yang lemah disiplin… patutnya kita boleh kawal sendiri penggunaan telefon.

WARGA MAYA

Wanita itu bagaimanapun berkata dia reda dengan ketentuan Tuhan dan percaya pasti ada sebab atas apa yang terjadi.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya berpendapat telefon pintar merupakan peranti telekomunikasi yang sangat penting dan tidak wajar diketepikan.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

“Sama dengan saya, dulu pun pernah senyapkan phone, akhirnya terlepas pandang yang abang saya meninggal dunia. Inikan pula kalau kita terus matikan telefon.

“Suami saya pun tak bagi ikut petua ni sebab bahaya kalau ada apa-apa kecemasan. Rasa sesal ni tak akan pernah pudar walaupun dengan berlalunya waktu, sakit sangat.

“Petua ni hanya untuk mereka yang lemah disiplin, patutnya kita boleh kawal sendiri penggunaan telefon,” kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top