RSS Suria

Leka tengok Lamborghini Syamsul Yusof sampai dua kereta berlanggar… “Bukan salah saya”

PENGARAH dan pelakon Syamsul Yusof tampil menjernihkan keadaan selepas dia dikatakan menjadi punca kemalangan di antara dua buah kenderaan mewah seperti yang tular di media sosial.

Mengulas mengenai kejadian yang berlaku di Bukit Bintang, Kuala Lumpur itu, Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, berkata insiden itu berlaku disebabkan kereta berjenama Audi berkenaan tidak fokus ketika memandu sehingga melanggar bahagian belakang kenderaan jenis serba guna (MPV) di hadapannya.

“Ini video sebenar, Audi tak fokus bukan salah saya,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram pada Selasa.

syamsul 1

Syamsul memandu dengan perlahan semasa berada di tempat kejadian.

Malah, Syamsul juga memuat naik kejadian sebenar yang sempat dirakam orang awam yang berada di lokasi berkenaan.

Dalam rakaman berkenaan, kereta sport jenama Lamborghini yang dipandu Syamsul dilihat bergerak perlahan di lorong susur keluar sebelum berlakunya pelanggaran dua kenderaan berkenaan.

Dia juga dilihat sempat membuka tingkap dan melihat ke arah kamera dirakam orang awam sebelum bergerak melepasi pelanggaran dua buah kenderaan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ammar Alfian dan Syamsul sudah berbaik, lupakan sengketa 13 tahun lalu

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof lega urusan mahkamah selesai, enggan kongsi sebab cerai Ira Kazar

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tetap mendakwa Syamsul menjadi punca kemalangan berkenaan kerana keretanya terlalu menyerlah dan menarik perhatian ramai.

“Kereta Lambo menyerlah sangat. Sampai silau.

“Dia orang memang leka tengok kereta Lambo itu,” komen netizen.

Sebelum ini, tular di media sosial yang mendakwa kereta milik Syamsul menjadi punca kemalangan tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top