RSS Suria

12 jam sebelum berlangsung, Festival ‘One Love Music 2024’ dibatalkan kerana kurang dana

PENGANJUR One Love Music 2024 iaitu Tuff KL membuat pengumuman pembatalan festival berkenaan yang sepatutnya berlangsung di Maeps, Serdang, Selangor pada Sabtu ini.

Menurut pengasas Tuff KL iaitu Muhammad Zul Aqil, keputusan sukar itu terpaksa dibuat kerana kekurangan dana untuk menampung kos penganjuran.

Memohon maaf atas kesulitan yang timbul, Zul memaklumkan pembeli tiket boleh menuntut semula pemulangan wang.

NP-19

Masdo dan Bunkface antara artis yang sepatutnya buat persembahan di One Love Music 2024.

“Kami memahami kekecewaan peminat yang menantikan festival ini dan ingin memohon maaf atas kesulitan yang timbul.

“Pihak kami sedang menguruskan proses berkaitan pembatalan, termasuk pemulangan dana kepada pembeli tiket,” katanya menerusi siaran media pada malam Jumaat.

Dalam pada itu, Zul juga menegaskan pembatalan konsert itu tidak melibatkan mana-mana rakan strategik, penaja, atau vendor terlibat.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘One Love Music 2024’ tampil 12 artis 12 jam, pentas meriah gabungan penyanyi Malaysia dan Indonesia

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 14 tahun menanti, konsert sulung Drama Band ‘full house’… Pukau penonton menerusi persembahan aksi lasak

Sebaliknya, Tuff KL mengambil tanggungjawab penuh atas keputusan ini dan komited untuk menyelesaikan semua perkara berkaitan.

Antara artis yang sepatutnya membuat persembahan pada konsert berkenaan adalah Kugiran Masdo, Bunkface, Hujan, Drama Band, 53 Universe, Insomniacks dan Gerhana Ska Cinta.

Bukan itu sahaja, penyanyi dari seberang iaitu Feby Putri, Nadin Amzah, Nabila Taqiyyah dan Salma Salsabil.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top