RSS Suria

Anak monyok ibu belikan Axia, jurujual geram terus ‘sound’ remaja tak bersyukur – “Nak Myvi macam kawan punya”

UKUR baju di badan sendiri.

Peribahasa di atas membawa maksud seseorang itu perlu berbelanja mengikut kemampuan diri.

Melalui satu hantaran di laman sosial, seorang ejen jualan kereta berkongsi satu insiden melibatkan seorang pelanggan yang membuatkan dirinya panas hati.

Kereta mewah melambangkan taraf hidup seseorang. -Gambar hiasan

Menurut ejen itu, pelanggan berkenaan datang bersama kedua-dua orang tuanya untuk membeli kereta yang difahamkan dibayar sepenuhnya oleh si ibu.

“Ini kisah minggu lepas, ada seorang pelanggan ni datang, mak dia yang tolong buatkan temu janji. Mak dia dah beritahu siap-siap nak belikan kereta Perodua Axia untuk dia.

“Tapi dari awal masuk pintu, aku perasan muka pelanggan tu masam mencuka dan seolah-olah malas nak layan mak dia. Akhirnya waktu tandatangan dokumen, pelanggan tu cakap dia teringin kereta macam kawan dia, Perodua Myvi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Rasa macam bodoh” – Wanita kena ‘ketuk’, bayar lebih 5K buat ‘overhaul’ kereta tetap tak boleh jalan… Mekanik kata sebab enjin panas

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta hantar bengkel hampir 2 tahun masih tak siap dibaiki, pelanggan dah bayar 80 peratus owner tetap bagi banyak alasan

“Padahal mak dia dah murah hati tolong bayarkan kereta, asalkan ikut bajet bulanan. Aku pun tak cakap banyak, aku terus bagi nasihat sikit dekat pelanggan tu.

“Aku cakap begini, kalau nak beli kereta, sebolehnya jangan ikut perasaan, jangan ikut nafsu dan jangan ikut kawan, sebab nanti awak juga yang terbeban. Lagipun kereta ni mak awak yang bayar,” kata ejen itu.

Tambah ejen tersebut, tujuan dia menegur pelanggan itu bukan untuk memarahi tetapi bagi menanam rasa hormat.

Patutnya suruh dia bayar sendiri kereta tu, bagi ada akal sikit.

WARGA MAYA

“Pelanggan tu sepatutnya bersyukur ada mak ayah yang sudi belikan kereta, tujuannya supaya mudah urusan untuk belajar.

“Aku dulu pergi belajar naik motosikal je, rasa nak menangis weh. Cuba la bersyukur,” katanya menitipkan pesanan.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya berpendapat belia hari ini rata-ratanya lupa daratan.

Warga maya bertukar pandangan.

“Inilah akibatnya apabila budak-budak terlalu dimanjakan. Mereka rasa dunia ni mereka yang punya, nak ikut tekak mereka je segalanya. Sebagai ibu bapa, kena belajar ‘sekolahkan’ anak-anak, jangan terlalu berlembut dengan mereka.

“Nanti kita juga yang dipijak. Dah sedap dibelanja kereta, boleh lagi tu nak demand. Orang lain sampai kena ikat perut tau sebab nak kumpul duit.

“Patutnya suruh dia bayar sendiri kereta tu, bagi ada akal sikit,” ujar warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top