MASA bercinta sememangnya manis, macam-macam yang cuba dibuktikan pasangan terutamanya generasi muda.
Namun apa yang tidak sedar didengar apabila segelintirnya semakin berani membawa kekasih pulang ke rumah tanpa segan silu.
Begitulah senario yang dilihat oleh seorang kakak mengenai sikap adik lelakinya sendiri.
Setiap pasangan bercinta pastinya mengimpikan untuk mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan
“Sejujurnya saya tak suka kalau adik-adik bawa teman wanita datang ke rumah. Sebab saya dulu pun pertama kali jumpa mentua masa merisik.
“Dah kahwin baru jejak kaki ke rumah mentua. Saya rasa macam maruah terjaga. Faham tak? Bila dah jadi, baru lah datang rumah. Macam perempuan pula terhegeh nak dekat lelaki,” katanya menerusi hantaran di laman sosial.
Namun katanya, tiada masalah untuk teman wanita datang ke rumah sekiranya dijemput oleh keluarga si lelaki.
ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi bawa kekasih balik rumah! Lelaki nekad ‘pulangkan’ isteri kepada keluarga, akui kecewa dicurangi
ARTIKEL BERKAITAN: Bakal mentua anti lelaki Kelantan, halang cinta anak… Bagi alasan tak mahu dapat keturunan pemalas!
“Contoh, kalau mak ayah lelaki tu yang ajak dia datang ke rumah. Datang lah sebab dijemput, itu tak apa.
“Kalau tiba-tiba datang nak perkenalkan diri tu, macam tiber sangat la. Kadang bila fikir balik, zaman dulu best sangat sebab penuh dengan adab dan adat,” katanya.
Sebagai kakak, dia hanya mahukan yang terbaik buat adik-adiknya, maka perbuatan yang kurang beradab seharusnya ditegur.
Zaman dulu best sangat sebab penuh dengan adab dan adat.
KAKAK
“Dia masih belajar lagi, belum bekerja. Bila dia dah bekerja, mampu untuk sara anak dara orang baru bawa jumpa keluarga.
“Nak datang masa raya dengan kawan-kawan tu datang la. Okay je, kenal-kenal,” katanya.
Jelasnya, hantarannya di laman sosial itu bertujuan memastikan pasangan muda memasang niat yang betul dalam menjalinkan hubungan.
Proses merisik menjadi sesi suai kenal antara kedua-dua keluarga. -Gambar hiasan
“Datang bawa jumpa untuk bernikah. Bukan main-main. Kita nak isteri adik kita tu nanti pun bertuah bila dia orang pertama yang adik kita bawa datang rumah.
“Best tau bila kita tahu suami kita tu cakap kita orang pertama yang dia bawa jumpa ibu bapa dia. Jangan salah faham, tak semestinya kita ni orang kedua, ketiga terus rasa sakit hati. Yang penting mentua terima kita seadaanya,” katanya.
Perkongsian wanita itu meraih perhatian netizen, namun segelintirnya mempersoalkan mengapa ibu bapanya tidak menegur adik lelakinya sendiri kerana membawa kekasih pulang ke rumah.
“Ibu bapa saya dulu garang. Memang sangat jaga bab-bab macam ni. Cuma sekarang dah berusia. Mungkin dah penat nak tegur. Jadi tanggungjawab saya untuk tegur adik-adik saya.
“Alhamdulillah, adik-adik terima teguran saya. Bukan apa, saya tak nak tahun ni raya jumpa orang lain, raya tahun depan orang lain pula. Sebab,” jawab wanita berkenaan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube