RSS Suria

Kisah pin tudung buat hati wanita berbunga-bunga… Lega hamba Allah baik hati muncul di surau, dapat solat Maghrib sempurna

RENTAK kehidupan ada naik dan turunnya.

Pada hari tertentu, seseorang itu mungkin diuji lebih daripada kebiasaan sehingga mengusutkan fikiran.

Melalui satu hantaran di media sosial, seorang wanita berkongsi momen yang menyentuh hati serta membuatkan dia berasa terharu ketika singgah menunaikan solat fardu Maghrib di sebuah surau.

Telekung menjadi keperluan untuk seorang wanita bagi mendirikan solat. -Gambar hiasan

Menurutnya, pada hari berkenaan dia terpaksa mengubah suai tudungnya agar boleh digunakan untuk bersolat bagi menggantikan kain telekung.

Namun kaedah alternatif itu sedikit renyah untuk dilakukan, selain memerlukan beberapa kali percubaan supaya dapat menyerupai fungsi kain sembahyang.

“Selalunya apabila terserempak dengan orang yang dalam kesusahan, saya akan tergerak hati untuk membantu. Kalau tak bertindak sekalipun, sekurang-kurangnya saya mesti akan pasang niat.

ARTIKEL BERKAITAN: Lama berdoa, siap solat sunat di surau kecil… Ramai penting diri kejar pahala, tak peduli jemaah lain nak ibadat pada waktu puncak

ARTIKEL BERKAITAN: Jemaah buat perangai pelik, telekung bahagian kepala dipijak-pijak buat kain solat… Paling sedih tak pakai stoking, terdedah aurat tapak kaki

“Alhamdulillah, kali ini Tuhan hadirkan seorang akak untuk bantu saya pula. Disebabkan lupa bawa telekung, saya terpaksa gigih gunakan jarum bagi melekatkan tudung dekat belakang, supaya tak bergerak waktu solat nanti.

“Ya, untuk makluman semua, saya sejenis yang menggunakan jarum untuk tudung, bukannya pin yang biasa orang pakai. Berbalik pada cerita tadi, tengah saya asyik ‘bersilat’ tu, tiba-tiba datang seorang akak tolong pinkan tudung saya.

“Pin untuk menjadikan ‘telekung’ saya lebih ‘selamat’. Berbunga sangat hati ni, rasa terharu tu tak dapat nak digambarkan. Sampai waktu dalam kereta nak balik ke rumah pun saya masih teringat-ingat,” imbas wanita tersebut.

Alhamdulillah… selagi awak pakai pin yang akak tu bagi, akan terus mengalir pahalanya.

WARGA MAYA

Tambah wanita berkenaan, individu terbabit turut menawarkan kerepek kepadanya untuk dijamah sementara menunggu masuk waktu Isyak.

“Selepas habis solat, saya terus nak pulangkan pin tu dekat akak tu semula. Tapi dia tolak, dia minta saya simpan je, mungkin boleh guna lagi di kemudian hari. Seterusnya dia ada hulur kerepek dekat saya untuk kunyah-kunyah.

“Saya ambil sikit, Ya Allah sedap betul rasanya. Akak tu macam tahu je saya tengah lapar ketika tu. Saya kongsikan kisah ni sebab saya nak beritahu, sekecil-kecil pertolongan boleh membawa sebesar-besar makna.

“Terima kasih sangat akak sebab tolong saya pada hari tu. Saya doakan akak berjaya di dunia dan akhirat,” kata wanita itu menutup bicara.

Pelayar bertukar pandangan.

Melewati ke ruangan komen, warga maya turut berkongsi kisah masing-masing yang hampir serupa.

“Alhamdulillah, selagi awak pakai pin yang akak tu bagi, akan terus mengalir pahalanya.

“Selalunya benda kecil sebegini yang orang akan ingat lama. Pernah sekali ni saya sembahyang di masjid, ruang banyak dah penuh, saya terpaksa solat atas lantai. Kemudian datang seorang makcik ni hulurkan sejadah yang dia bawa.

“Sejadah yang dia bagi tu memang gebu dan tebal, dah macam permaidani. Waktu sujud saya sampai menangis mengenangkan kebaikan makcik tu. Terima kasih Tuhan jumpakan saya dengan orang baik,” kongsi pelayar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top