RSS Suria

Wanita terima bungkusan plastik putih, terselit nota kuning tulisan tangan… Terkejut tengok isinya, ada kasut putus!

KISAH sepasang kasut berjaya membuka mata seorang majikan khususnya tentang keperibadian dan sikap para pekerjanya.

Menurut usahawan makanan kering, Myra Suhaimi, kasut yang dipakai sewaktu sedang bekerja di kiosk perniagaan miliknya pada 2 Mei lalu terputus secara tidak sengaja.

Dek kerana masih sayangkan kasut berkenaan, dia berhasrat untuk membaikinya di kemudian hari.

Namun hasratnya terbantut apabila kasut yang ditinggalkan di kiosk berkenaan dibuang pekerjanya kerana disangka sudah tidak berguna lagi.

“Ceritanya hari itu masa duduk di kiosk buat kerja kasut saya terputus. Tak apa la… kasut putus tu saya tinggal je dekat kiosk.

“Cadangnya hari berikutnya la nak ambil. Petang tu masa dalam perjalanan nak balik ke rumah, singgah la kiosk nak ambil kasut tu.

Nota yang diselit bersama kasut yang dihantar pekerja Myra.

“Sekali pekerja kata… kami dah buang kak. Masa tu saya tak ada reaksi sebab terkejut,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook.

Apa yang membuatkan wanita ini terkilan ialah kasut berkenaan baru sahaja dibeli kira-kira hampir sebulan yang lalu.

Menurut pekerja Myra, kasutnya ini sudah tidak dapat diselamatkan memandangkan ia sudah pun dibuang ke dalam tong sampah jenis roro.

Hampa dengan apa yang berlaku, Myra terus pulang ke rumah tanpa banyak berbicara.

“Kasut tu putus tepi je dan ingat nak gam balik sebab baru beli sangat tak sampai sebulan. Masa tu saya tanya la juga mereka kenapa tak tanya saya dulu sebelum nak buang?

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja cuak bos bagi ‘query letter’ selepas keluar solat Jumaat… Dua tahun kerja tiada isu, tiba-tiba dapat surat

ARTIKEL BERKAITAN: “Keluar kau dari sini†– Majikan ‘angin’ pekerja tak capai sasaran, ugut tak mahu bayar gaji kalau gagal

“Sudah la mereka buang tu dalam tong sampah roro yang besar tu. Dalam hati dah rasa memang dah tak akan dapat semula.

“Dengan perasaan kecewa saya pun balik. Tak terkeluar ayat apa-apa pun sebab sedih sangat,” jelasnya dalam hantaran yang sama.

Selepas tiba di rumah, Myra terkejut apabila tidak lama kemudian dia menerima satu bungkusan plastik yang dihantar melalui khidmat penghantaran.

Alangkah terkejutnya Myra apabila mendapati bungkusan berkenaan mengandungi kasutnya yang rosak itu.

Bersama bungkusan itu ialah sekeping nota kecil dipercayai ditulis pekerjanya.

Dengan perasaan kecewa saya pun balik… tak terkeluar ayat apa-apa pun sebab sedih sangat.

MYRA

Akak Myra, minta maaf. Kami minta maaf! Sudah jumpa, tak kotor. Tak bercampur dengan sampah yang lain sebab semalam letak dalam kotak sebelum buang.

Minta maaf salah kami sebab tak tanya dulu. Maaf,” tulis pekerjanya dalam sekeping kertas berwarna kuning itu.

Tindakan pekerjanya itu ternyata mengundang sebak Myra kerana dia tidak menyangka mereka akan berusaha mendapatkan semula kasut berkenaan.

“Sampai rumah dalam pukul 7 malam sebab kesesakan lalu lintas. Tengok ada motosikal servis penghantaran datang hantar barang.

Komen netizen pada hantaran dikongsikan Myra.

“Rupa-rupanya mereka ambil semula kasut tu dalam tong sampah roro. Terima kasih. Tiba-tiba rasa serba salah pula. Tapi memang saya tak suruh ambil pun,” ujarnya.

Hantaran tersebut turut mengundang rasa sebak netizen dengan sikap para pekerja Myra yang segera mengakui kesipalan mereka dan segera memperbetulkan keadaan.

“Alhamdulillah dapat pekerja yang baik. Memang tak suruh ambil tapi mungkin pekerja faham salah mereka terbuang sesuatu yang mungkin bermakna pada bos.

“Masalah dekat sini, kena la selalu berkomunikasi. Tanya apa yang perlu. Bincang sebelum buat keputusan. Perlu disimpan atau dibuang,” ujar netizen memberikan cadangan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top