LUMRAH setiap perkahwinan, pasti ada pasang surutnya.
Pendek kata, pergaduhan atau perselisihan faham antara pasangan suami isteri adalah perkara biasa yang tidak dapat dielakkan.
Pelbagai punca yang boleh mendorong kepada situasi ini, sama ada disebabkan isu kewangan, masalah komunikasi atau tekanan daripada faktor luaran seperti pekerjaan dan keluarga.
Dalam satu perkongsian di laman X, seorang wanita berkongsi luahan hati mengenai rumah tangganya yang dilanda kemelut gara-gara membuat pengakuan jujur kepada suami mengenai ibu mentuanya.
Emosi wanita yang sedang hamil sememangnya agak sensitif. -Gambar hiasan
“Saya sedang mengandung lima bulan, husband dah dua hari tak balik… puncanya sebab aku terasa dengan mak dia dan beritahu dekat dia,” tulisnya dalam perkongsian berkenaan.
Wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu berkata, disebabkan perkara tersebut, suaminya bertindak keluar dari rumah kerana tidak dapat menerima apa yang diluahkannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri doa suami durjana cepat mati! Dendam curang belum padam, kini culas nafkah pula
ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami gaji RM9,000 tapi kedekut… Cuma bagi nafkah RM610 sebulan belanja 3 anak, jangan minta lebih!
“Dia tak boleh terima dan tinggalkan aku dekat rumah seorang diri tanpa tanya makan minum. Dia balik rumah mak dia,” tulisnya lagi.
Sedih dan kecewa dalam masa yang sama kerana tergamak diperlakukan sedemikian rupa lebih-lebih lagi ketika sedang hamil, wanita tersebut mengakui dia terlintas untuk berpisah.
Sebelum berkahwin bolehlah dahulukan mak… apabila dah kahwin isteri auto nombor satu.
NETIZEN
Perkongsian wanita tersebut mengundang perhatian warga maya yang meluahkan simpati terhadap nasibnya kerana menerima layanan buruk daripada suami sendiri biarpun sedang hamil.
“Sebelum berkahwin bolehlah dahulukan mak… apabila dah kahwin isteri auto nombor satu.
“Kakak saya macam inilah, mak mentua jenis fikir diri sendiri. Kakak mengandung enam bulan, dia (mak mentua) sibuk ajak anak-anak pergi Cameron Highlands. Kakak saya tak larat, dia suruh anak dia which is suami akak, tinggalkan kakak dekat rumah.
Sebahagian komen warga maya.
“Nak cerai ni senang cakap, tapi nak menghadapinya sangat sukar. Fikirlah semasak-masaknya, bagi saya kes ni tak teruk sangat sampai nak proceed cerai. Mungkin boleh berbincang dulu dengan suami
“Kalau ada pergaduhan, salah faham ke antara dua orang ni, utamakan isteri dulu ya. Nasihat isteri sendiri dan tegur perbuatan mak. Ingat kau tu ketua keluarga, bukan mak kau,” demikian antara komen netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube