TIDAK kira sama ada wanita mahupun lelaki, setiap individu sewajarnya menjaga batas pergaulan di tempat kerja.
Namun mungkin ada dalam kalangan kita yang tidak menyedari bahawa sesetengah tindakan berupaya menimbulkan fitnah sehingga boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga pihak lain.
Dalam satu perkongsian di media sosial, seorang pelayar meluahkan rasa geram gara-gara suaminya kerap dipelawa menjamah makanan yang dimasak rakan wanita ditempat kerja.
Setiap individu sewajarnya menjaga batas pergaulan di tempat kerja. -Gambar hiasan
Tidak menyenangi perkara tersebut, pengadu berkata wanita itu sewajarnya mempunyai common sense lebih-lebih apabila melibatkan lelaki berstatus suami orang.
“Saya sudah pun mengingatkan suami mengenai perkara ini. Dan kepada mana-mana wanita yang bekerja di tempat sama suami saya bekerja, jangan pelawa dia jamah makanan yang anda masak.
“Pelawa lelaki-lelaki lain jamah masakan anda,” tulisnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak mengaku penyondol, wanita bagi alasan sakit mental dekati suami orang… Tahu buat salah tapi ‘dahaga’ perhatian
ARTIKEL BERKAITAN: “Ibarat kerja ‘part-time’, tak perlu layan selalu” – Wanita pakai susuk ‘penyondol’ buka rahsia, puas hati jadi kegilaan suami orang!
Tambah pelayar tersebut, ‘amaran’ sedemikian terpaksa disuarakan memandangkan wanita di tempat kerja suaminya ‘terlebih baik’ dan dikhuatiri mempunyai niat lain di sebaliknya.
“Tak kisah jika makan-makan untuk potluck. Yang ini lain sikit, personally masak khas untuk suami saya… seram.
“Tak waras kan? Gila kot. Gila impression laki orang,” tulisnya lagi.
Sesuatu sangat kalau masak nak bagi suami orang… kenapa perempuan-perempuan macam ni tak tahu boundaries?
NETIZEN
Bagaimanapun pelayar tersebut tidak mendedahkan status perkahwinan rakan sekerja suaminya itu.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya menyokong pelayar berkenaan, malah mereka turut memberikan pandangan serta nasihat untuk mengelakkan situasi menjadi lebih lebih buruk.
Sebahagian komen netizen terhadap perkongsian individu berkenaan.
“Bagus awak warning macam ni. Dulu ada kawan ni tak tahu kenapa rasa panas je dengan suami sendiri, check balik rupanya ada ibu tunggal satu kilang masak dan bagi suami dia makan dekat pantry. Jenuh berubat nak bagi hilang.
“Sesuatu sangat kalau masak nak bagi suami orang. Kenapa eh perempuan-perempuan macam ni tak tahu boundaries? Saya yang dah kahwin pun nak cakap dengan rakan sekerja lelaki pun hati-hati tau takut jatuh fitnah.
“Kalau tiba-tiba laki aku je yang dapat makanan tu bungkus elok, macam fishy betul. Memang wajarlah isteri marah.
“Kalau offer semua makan okay je, ini tiba-tiba kau masak kau bagi orang tu je,” demikian antara komen netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube