RSS Suria

Lima beranak ‘terseksa’ dalam e-hailing… Setengah jam tahan bau kaki, ketiak busuk pemandu!

MENEMPUHI perjalanan berjam-jam lamanya dengan menaiki pesawat sudah semestinya memenatkan, apatah lagi apabila mengembara bersama anak kecil.

Perkara pertama yang terlintas di dalam kepala pastinya adalah mahu segera tiba di rumah dan berehat sepuas-puasnya.

Namun perjalanan pulang sebuah keluarga ini dari luar negara begitu ‘mencabar’ sebaik tiba di tanah air apabila ‘diuji’ dengan sikap pemandu sebuah syarikat perkhidmatan e-hailing.

“Balik dari airport hari tu, kami naik ****. Saya tempah kenderaan jenis MPV 6-seater sebab ada banyak luggage.

“Sekitar RM80 juga tambang dia. Kemudian seorang pakcik ni accepted the ride. Dia memandu sebuah Alza. Kami tak kisah apa jenis MPV pun, asalkan selesa.

“Masalahnya bila sampai, ada plastik-plastik dekat area kaki. Senang kata sampahlah. Pertama kali kami naik **** yang interior tak bersih.

busuk 1

Penumpang akan memberikan ‘rating’ penuh jika perkhidmatan yang diberikan memuaskan hati. -Gambar hiasan

“Masuk-masuk pula, ada bau yang sangatlah tak menyenangkan. Bau kaki campur ketiak. Bayangkan orang lelaki berpeluh teruk dan peluh tu kering. Macam tu bau dia,” kongsi pelayar berkenaan di laman sosial.

Menurutnya, sudahlah keadaan di dalam kenderaan tersebut membuatkan mereka sekeluarga tidak selesa, lebih merimaskan, sikap pemandu e-hailing yang berusia sekitar 60-an itu pula sangat tidak berhemah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecewa 2 pemandu e-hailing minta ‘duit tepi’ enggan ikut caj dalam aplikasi… Tak nak bayar terus batal tempahan

ARTIKEL BERKAITAN: Makan dulu, baru pelanggan! Lelaki bengang ‘disidai’ pemandu e-hailing, terima job kemudian pergi jamu selera

“Kebanyakan masa di atas jalan, dia pasang high beam guys. Ada kereta dekat depan atau tak, dia buat ‘dek’ je.

“Kami pula jadi kesian dekat pengguna jalan raya yang lain. Belum lagi dia makan gula-gula berbunyi. Dia hisap tu berbunyi yang berdecap-decap tu dan bunyi dia sangatlah kuat,” luahnya lagi.

Bayangkan orang lelaki berpeluh teruk dan peluh tu kering… macam tu bau dia.

PENGADU

Tambah pelayar berkenaan, perjalanan dari lapangan terbang ke rumahnya dalam tempoh sekitar 30 minit dirasakan begitu panjang dan ‘menyeksakan’ kerana terpaksa menghadap situasi yang sangat tidak selesa.

Sekadar menulis pengalamannya di laman sosial, pelayar tersebut berkata perkongsiannya hanyalah untuk meluahkan rasa tidak puas hati, selain terpanggil untuk membuat teguran secara tidak langsung kepada pemandu e-hailing lain.

“Sebelum tulis ni terfikir juga, adakah saya yang melebih-lebih atau memang sewajarnya tak puas hati dengan servis macam tu.

“Saya bayar dan saya rasa wajar untuk mendapatkan perkhidmatan yang baik.

“Balik penat-penat handle budak empat orang atas flight hampir enam jam. Lepas tu kena hadap bau ketiak pula. Nak bagi rating rendah, tak sampai hati… entahlah,” akhirinya.

komen pemandu

Sebahagian komen daripada warga maya.

Menjengah ruangan komen, segelintir warga maya berpendapat tidak salah sekiranya pelayar berkenaan memberikan ‘rating’ yang sepadan berdasarkan pengalamannya agar pemandu berkenaan menambah baik kelemahan perkhidmatannya.

“Bagi je rating rendah dan tulis semua komen-komen ni supaya dia improve. Kalau tak beritahu, dia tak sedar.

“Saya pemandu e-hailing part time. Kalau puan kesian nak rate rendah, masa turun tu cakap direct dengan dia apa yang tak puas hati. Tapi lebih baik complain terus perkhidmatan pelanggan.

Report je lah sis, bagi rate rendah. Buat apa nak kesian-kesian. Dia patut tahulah dia buat service. Bukan kita minta tolong dia tumpangkan kita. Tu lain la ceritanya,” demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top