KEHIDUPAN selepas perceraian memang penuh berliku, apatah lagi jika masih ada urusan antara pasangan yang belum selesai.
Namun apa yang berlaku terhadap wanita ini agak berbeza kerana dia bukan berdepan masalah dengan bekas suami sebaliknya lelaki yang pernah bergelar abang ipar.
Dakwa wanita berkenaan, bekas suami kakaknya itu bersikap degil dan keras kepala dengan enggan keluar dari rumah miliknya walaupun mereka sudah dua tahun bercerai.
Menurut wanita tersebut, dia membeli rumah terbabit untuk kegunaan kakaknya.
Penceraian kakak itu menimbulkan masalah kepada pengadu. -Gambar hiasan
“Saya nak usir bekas suami kepada kakak yang menduduki rumah saya. Rumah dibeli untuk kegunaan kakak tapi lepas bercerai, bekas suami berkeras untuk tinggal dekat situ.
“Sudah masuk dua tahun minta keluar tapi tak nak keluar. Ada tunggakan (pinjaman) rumah, bil api (elektrik), air dan Indah Water dan segala macam lagi. Penat sudah nak fikir serta buntu,” ujarnya.
Lebih memburukkan keadaan, bekas suami kakaknya mendakwa rumah itu adalah miliknya kerana dia membayar pinjaman rumah selama tempoh perkahwinan.
ARTIKEL BERKAITAN: Gadis akui lelaki dalam Ipar Adalah Maut memang wujud! Suami kakak ‘baik di mata ahli keluarga’ berani pegang pinggang, luah perasaan
ARTIKEL BERKAITAN: Rasa berdosa kalau pendam, suami mengaku bernafsu tengok adik ipar walau jaga aurat! Isteri buntu, tak berani halau darah daging sendiri
“Tapi saya pemilik yang sah berdasarkan S&P (perjanjian jual beli), geran, dan semua dokumen. Namun masalahnya semasa tempoh perkahwinan dan selepas bercerai, bekas suami kakak yang bayar loan rumah tu.
“Tapi sekarang kakak lepas tangan dan bekas suami pula susah untuk dibawa berbincang. Katanya rumah tu adalah hak mutlak dia sebab dia bayar pinjaman rumah.
Takkan pula dia sangka apabila bayar pinjaman, rumah tu terus jadi dia punya.
NETIZEN
“Saya cuba untuk nego (berbincang) dengan minta dia keluar dan akan bayar semula apa yang dia sudah bayarkan. Tujuan asal rumah tu dibeli adalah kerana kakak saya saja,” ujarnya lagi.
Perkongsian wanita ini meraih pelbagai respons daripada netizen.
Rata-ratanya memberikan pendapat serta cadangan mereka untuk membantu wanita ini menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Komen netizen di Facebook.
“Buat laporan ceroboh rumah kalau kediaman tu atas nama kau seorang je.
“Bukan ke apa dia bayar tu dikira sebagai sewa? Takkan pula dia sangka apabila dia bayar pinjaman, rumah tu terus jadi dia punya.
“Wahai tuan rumah, anda ada kuasa. Jangan takut, report je. Yang lain belakang cerita.
“Jadi apa-apa, report polis lagi. Berkeras sikit untuk ketenangan pada masa akan datang,” kata netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube