SERVIS penghantar makanan kini digunakan secara meluas kerana ia membantu menjimatkan masa pembeli.
Namun insiden dihadapi seorang pelanggan ini menjadi pengalaman pahit apabila makanan dipesan tiba selepas empat jam menunggu.
Berdasarkan perkongsian di TikTok, pelanggan terbabit berkata makanan tersebut sepatutnya dihantar dalam masa kurang satu jam berdasarkan jarak antara lokasi peniaga dan alamat penghantaran.
Seorang penghantar makanan perlu bersikap jujur ketika menjalankan tugas. -Gambar hiasan
“Rider ambil makanan daripada seller (peniaga) pukul 11.30 pagi. Pukul 12.30 tengah hari masih tak sampai.
“Apabila telefon rider, dia cakap dalam perjalanan tapi motosikal dinaiki tu rosak. Lepas 30 minit saya telefon semula. Tapi tak dapat dihubungi.
“Pukul 4.30 petang baru rider sampai dengan bungkusan makanan sudah hitam dan kotor. Rider cakap motosikal rosak,” ujarnya memulakan cerita menerusi perkongsiannya di TikTok.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dedah sering dihiburkan rider penghantar barang… Ceria setiap kali bungkusan dihantar oleh ‘orang lidi’
ARTIKEL BERKAITAN: Rider kurang ajar, perli wanita demam order minuman tengah malam – “Sila-sila, minum sampai kencing manis”
Pelanggan itu bagaimanapun tidak mendedahkan platform servis penghantaran yang digunakan.
Lebih mengecewakan, pelanggan terbabit berkata popia bersira yang dibeli diterima dalam keadaan sudah tidak sesuai untuk dimakan.
Kata pengadu lagi, kuah popia sudah menjadi pekat akibat sejuk hingga menyebabkan hidangan tersebut lembik dan liat.
Saya tak berniat nak tutup periuk nasi kamu (rider) tapi cara kerja itu yang buatkan kami kena ambil tindakan.
PELANGGAN
“Sebagai pelanggan saya tak boleh terima dah makanan ni sebab tunggu lebih empat jam. Lepas tu saya masuk ke pejabat sekejap untuk hubungi peniaga.
“Tapi rider tetap tinggalkan makanan di depan pintu… dia tinggalkan macam tu saja,” dakwa pelanggan itu lagi.
Jelas pelanggan terbabit, tujuan perkongsiannya itu adalah sebagai peringatan agar pihak penyedia perkhidmatan lebih bertanggungjawab pada masa hadapan.
Tangkap layar perkongsian pelanggan itu di TikTok.
“Peniaga pun sudah buat aduan dekat syarikat rider. Saya tak berniat nak tutup periuk nasi kamu (rider) tapi cara kerja itu yang buatkan kami kena ambil tindakan.
“Tindakan ini supaya jadi peringatan agar kerja dengan lebih jujur dan perkara macam ni tak jadi dekat pelanggan lain.
“Sekarang ni yang jadi mangsa adalah saya sebagai pelanggan dan peniaga yang kerana kami gunakan khidmat syarikat anda bekerja,” ujarnya lagi.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube