RSS Suria

Kemalangan ketika main futsal, tulang selangka Syamel retak

PENYANYI Syamel mengalami retak tulang selangka selepas berlaku kemalangan ketika bermain futsal pada Sabtu.

Syamel atau Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 33, bagaimanapun bersyukur kecederaan dialami tidak serius sehingga menyebabkan tulang berkenaan patah.

“Retak tulang selangka (collarbone fracture). Nasib tidak menyebelahi permainan futsal semalam.

NP (82)

Syamel alami retak tulang selangka ketika bermain futsal.

“Tapi nasib baik stabil tak patah dua,” katanya.

Syamel berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada petang Ahad.

Dalam pada itu, penyanyi Di Sebalik Tabir itu menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika bersukan agar dapat mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: “Merajuk sehari dua saja…” – Kecewa tak berpanjangan, Syamel dah ‘move on’ gagal ke AJL39

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan kacang lupakan kulit, Syamel ada sebab ‘hijrah’ selepas 8 tahun

Malah pesanan itu juga sebagai peringatan buat diri sendiri yang aktif bermain sukan futsal bersama rakan-rakan.

“Jadi nasihat saya kepada kawan-kawan yang main sukan secara hobi dan bukan olimpik.

“Kita main sekadar keluar peluh, pesanan buat diri sendiri juga,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top