SETIAP wanita yang bergelar isteri bukan hanya dahagakan kasih sayang, tetapi juga perhatian daripada suami mereka.
Sekecil-kecil perkara yang dilakukan si suami pun sudah cukup membuatkan hati si isteri berbunga-bunga.
Bagaimanapun dalam satu hantaran di laman sosial, seorang wanita meluahkan rasa sedih dan kecewa gara-gara sikap suami yang memberi lebih perhatian kepada adik-beradik berbanding dia sebagai isteri.
“Siapa yang suaminya kalau dengan isteri susah nak ambilkan gambar, tapi dengan adik-beradik dan anak, dia sendiri yang offer untuk snap gambar?
Antara perkara wajib setiap kali bercuti adalah mengabadikan gambar bersama keluarga. -Gambar hiasan
“Saya berjalan sekali suami dan anak tapi suami tak cakap dengan saya. Saya tanya dia tak balas pun. Lebih fokus pada anak.
“Lama-lama saya pun duduk tepi. Kiri kanan saya tengok keluarga lain mudah je ambil gambar. Tapi gambar saya susahnya orang nak ambilkan.
“Terpandang pula suami tolong ambil gambar adik ipar, kakak ipar dan anak sekali… terus rasa kecil hati,” tulisnya dalam hantaran berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rindu sikap di awal perkahwinan, suami malas layan luahan hati isteri… Anggap terbawa-bawa adegan drama
ARTIKEL BERKAITAN: Suami pemalas, kaki phone ada hati desak tambah anak! Isteri tak setuju diugut kahwin dua, guna modal tak dapat layanan batin
Wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu menambah, lebih membuatkan dia berkecil hati apabila diherdik dan dimarahi suami di hadapan khalayak.
“Suami marah-marah tanya kenapa pegang (main) phone? Habis tu macam mana saya tak pegang phone, dah suami jalan dengan anak saja.
“Kalau saya suruh pun dia akan cakap, kejaplah tengah main dengan anak. Tapi dengan adik-beradik dia boleh je dia layankan,” luahnya lagi.
Suami saya pun jenis yang kurang suka ambil gambar, kadang terasa hati jugalah.
NETIZEN
Mengakui mungkin terlebih sensitif, wanita tersebut bagaimanapun tetap berterus-terang tentang isi hatinya kepada suami namun jawapan lelaki tersebut ternyata membuatkan dia semakin sedih.
“Saya cakap terus je bila suami tegur. Lepas tu dia lagi tanya kenapa, maksudnya tak ada orang nak ambilkan gambar pun nak terasa.
“Memanglah boleh selfie tapi manalah sama dengan gambar yang orang tangkapkan. Sensitifnya hati saya,” tulisnya lagi.
Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian pelayar berkenaan.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya turut memahami situasi yang dialami wanita berkenaan memandangkan turut berdepan dengan perkara sama.
“Orang lelaki ni bukan suka disuruh-suruh, lagi dia rimas. Dia tak ambil gambar kita, kita tak payahlah ambil gambar dia
“Suami saya pun jenis yang kurang suka ambil gambar, kadang terasa hati jugalah. Tapi benda ni remeh je, malas nak besar-besarkan.
“Kadang-kadang saya rasa suami sangat tak sensitif dengan apa yang kita nak sebab kitalah yang terdekat dengan dia. Dengan orang lain, adik-beradik atau kawan semua boleh sebab nak jaga muka dan maruah. Lain kali sis selfie je atau minta orang lain tolong,” komen netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube