PERJUANGAN penyanyi Arrora Salwa merebut gelaran juara Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) berakhir apabila dia tersingkir pada minggu kelapan pertandingan pada malam Ahad.
Persembahan Arrora menerusi lagu Cinta Hanya Sandaran nyanyian asal Siti Nordiana gagal mendapat perhatian sehingga membuatkan juri tetap Datuk Ramli MS enggan memberikan komen lanjut.
Ramli hanya memuji kecantikan busana digayakan Arorra namun memberitahu dia tidak akan mengulangi perkara sama untuk memberi komen dalam nyanyian.
The Lima menjuarai persembahan minggu kelapan di GV11.
“Baju cantik. Berkenaan vokal pula, dah lapan minggu saya rasa kalau nak cakap benda yang sama sahaja. Jadi saya rasa tak perlu ulang, terima kasih,” katanya.
Dalam pada itu, kumpulan The Lima buat pertama kalinya menjuarai persembahan di minggu kelapan menerusi lagu Aku Bukan Untukmu nyanyi Rossa.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada penyingkiran minggu ketujuh GV11… Fairuz Selamat tercorot, ‘Damelo’ Liza Aziz pula paling mega
ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian ‘tergelincir’… Illa Sabry dan Reshmonu tersingkir minggu keenam GV11
Tujuh lagi peserta GV11 bakal berentap di minggu kesembilan adalah Fairuz Selamat, Liza Aziz, Sheila Abdull, Ning Baizura, Zehra Zambri, Dyrga Dadali dan Ronnie Hussein.
GV11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad manakala Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang bertindak ssbagai juri profesional.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!