ISU berat badan adalah perkara yang sangat sensitif dan tidak seharusnya dianggap sebagai gurauan.
Walaupun sesetengah orang berpendapat bahawa mengusik mengenai berat badan seseorang adalah sesuatu yang biasa atau lucu, hakikatnya ia boleh memberi kesan mendalam pada emosi dan psikologi individu tersebut.
Dalam satu hantaran di laman sosial, seorang pelayar turut berkongsi kisahnya yang menjadi mangsa gurauan kasar pemandu sebuah syarikat e-hailing ketika menggunakan perkhidmatan tersebut bersama tiga rakannya baru-baru ini.
“Sedih juga ye jadi gemuk. Naik e-hailing kena kecam dengan driver. Naik empat orang dan saya duduk di depan.
“Masa tu dia (pemandu) kata… duduklah, duduk dalam bonet pun boleh. Lain kali kurus sikit. Saya sudah tarik belakang kerusi tapi you still nampak besar.
“Tapi sebenarnya, penyandar kerusi tu yang tegak ke depan,” tulisnya dalam perkongsian berkenaan.
Perbuatan ‘body shaming’ mampu membuatkan seseorang berasa rendah diri. -Gambar hiasan
Tambah pelayar tersebut, topik mengenai fizikal tubuhnya tidak terhenti setakat itu, malah pemandu berkenaan menyelitkan sindiran di dalam perbualan ketika memandu.
“Dia cakap lagi… ni nak pergi mana?. Kemudian seorang kawan saya jawab… pergi makan encik.
“Dia kata… jangan makan ayam penyet, bila mahu diet?. Kawan saya jawab lagi… takdelah encik.
“Kamu tahu apa yang dia jawab? Dia kata… you nak gemuk macam dia juga ke?’” kongsinya lagi, mengimbas perbualan mereka dengan pemandu berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau 70kg pun, ada masalah ke?” – Pelajar praktikal sakit hati bos asyik ‘body shaming’, hina bentuk fizikal staf
ARTIKEL BERKAITAN: Pedih telinga dapat mentua mulut lancang, tak habis-habis hina saiz badan… Menantu sarat hamil pun jadi modal gurau kasar!
Ujarnya, ayat yang dilontarkan pemandu berkenaan ternyata membuatkan mereka hilang kata-kata kerana tidak menyangka sindirannya makin menjadi-jadi.
Sekadar berkongsi pengalaman tersebut di media sosial, pelayar itu berkata dia ingin menyampaikan mesej kepada masyarakat agar tidak sesekali bercakap mengenai saiz badan seseorang biarpun hanya mahu bergurau.
Pernah kena dan memang sedih sampai tak nak pergi ke majlis saudara mara sebab mulut tak ada insurans mereka.
NETIZEN
“Nak kurus ni ambil masa. Kamu takkan pernah tahu betapa berusahanya saya. Saya mungkin tidaklah terlalu besar… tapi sumpah sakit,” luahnya lagi.
Perkongsian pelayar berkenaan ternyata mengundang perhatian netizen yang rata-ratanya turut menceritakan kisah masing-masing yang pernah menjadi mangsa body shaming.
Malah ada yang mengakui perkara berkenaan meninggalkan kesan mendalam sehingga menjejaskan kesihatan mental.
Antara komen netizen yang turut berkongsi kisah masing-masing.
“Paling sakit apabila suami masuk meminang dulu. Kemudian ada jiran cakap… ada juga orang nak dekat perempuan gemuk macam dia. Paling sedih, kena dengan saudara-mara sendiri yang toksik.
“Pernah kena dengan cikgu. Dia cakap… belum kahwin lagi badan gemuk. Aku terdiam sebab dia cakap depan rakan sekelas.
“Pernah kena dan memang sedih sampai tak nak pergi ke majlis saudara mara sebab mulut tak ada insurans mereka,” komen netizen lagi.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube