TIDAK dinafikan, kebanyakan wanita terutamanya selepas memiliki cahaya mata, mempunyai masa yang agak terhad untuk diri sendiri.
Kesibukan menjaga anak, mengurus rumah tangga dan bekerja boleh membuatkan golongan yang bergelar ibu ini keletihan bahkan sukar untuk menjaga penampilan.
Namun tidak semuanya begitu kerana bagi ramai wanita, status sebagai ibu bukanlah penghalang untuk mereka menjaga penampilannya demi kepuasan sendiri sekali gus meningkatkan keyakinan diri.
Majlis kenduri menjadi antara wadah mengeratkan silaturrahim. -Gambar hiasan
Bagaimanapun, wujud pula segelintir individu berfikiran negatif dan mempunyai pandangan berbeza mengenai perkara ini, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang pelayar.
Menerusi satu hantaran di laman sosial, pelayar ini berkongsi situasi dia disindir beberapa individu berpangkat ‘makcik’ gara-gara berdandan ke majlis kenduri di kampung.
“Semalam pergi kenduri di kampung dan ada la makcik makcik ni… haih geram.
ARTIKEL BERKAITAN: Siap dah bawa bekas, makcik bertekak dengan pekerja katering nak tapau lauk kenduri – “Setakat satu dua bungkus takkan tak boleh?”
ARTIKEL BERKAITAN: Makcik jemaah masjid suruh 2 beranak tinggalkan kuliah agama… Terganggu si cilik tanya soalan tentang Munkar dan Nakir
“Boleh mereka cakap… mak tak sedar diri, ada hati tu anak dua orang tengah lasak, sibuk mak dia nak cantik-cantik. Time acik dulu dah tak sempat dah nak melawa, urus anak-anak je lebih mudah.
“Aku tak boleh melawa ke? Bukan aku melawa aku tak siapkan anak-anak aku. Nama pun budak dua tahun dan lima tahun… nak main jumpa kawan-kawan takkan aku nak ikat anak aku pula,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Biarpun mengakui hatinya agak tersentak mendengar sindiran yang sememangnya ditujukan kepadanya, pelayar tersebut memilih untuk tidak melawan kerana masih menjaga adab dengan individu yang lebih tua.
Mereka jealous la tu. Saya pun takkan sesekali tak bersiap walaupun hanya ke pasar.
NETIZEN
“Saya memang tak nak kurang ajar. Saya biarkan saja. Malas nak layan orang yang saja nak rosakkan mental saya. Anggap saja kata-kata negatif ni tak mendatangkan keuntungan dekat kita pun.
“Kita yang melaram, dia pula yang sakit mata. Ada masalah hati sebenarnya,” tulisnya lagi.
Perkongsian pelayar tersebut mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya melontarkan pandangan yang senada.
Malah ada dalam kalangan mereka turut berkongsi pengalaman disindir golongan yang lebih tua hanya kerana tampil berbeza.
Komen netizen pada hantaran asal.
“Saya pernah kena dengan seorang nurse, masa tu dalam pantang anak nombor dua. Nurse tu cakap… kemain melawa, kalau aku dulu tak la… berpantang jaga anak je. Suka hati aku la, kita ni melawa untuk diri sendiri baru ada mood. Takkan nak selekeh je.
“Mereka jealous la tu. Saya pun takkan sesekali tak bersiap walaupun hanya ke pasar. At least simple make-up, calit lipgloss, foundation dan blusher sikit. Anak-anak pun tak boleh kalau tak bersiap.
“Melawa kena kata, kalau buruk memang sahih dah kena hina. Tambahan pula yang suri rumah. Kalau buruk memang sah kena cop tak ada duit sebab tak kerja, bila bergaya pula kata habiskan duit suami,” demikian antara komen netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube