TINDAKAN pengacara Kelly Azman membuat cover beberapa lagu popular nampaknya tidak mendapat sambutan baik pendengar.
Sebaliknya, Kelly atau Raja Azman Raja Ayob, 48, teruk dikecam netizen yang mendakwa dia sudah merosakkan lagu-lagu berkenaan selain mempertikaikan kredibiliti vokalnya sebagai penyanyi.
Tidak serik dengan kecaman, Kelly sedar dia bukan penyanyi sebaliknya seorang penghibur yang mewarnai industri hiburan tempatan.
Kelly mahu cover 14 lagu untuk tahun ini.
Malah jelas Kelly dia merancang untuk menerbitkan dua buah lagu cover setiap bulan sepanjang tahun ini.
“Saya mengakui saya bukan penyanyi, saya adalah penghibur. Saya hanya cover dan parodi sahaja lagu penyanyi artis Malaysia.
“Tahun 2025 saya rancang ada 14 buah lagu untuk saya cover. Sebulan dalam dua buah lagu,” katanya.
Bercerita lanjut, itu adalah salah satu cara dia berkarya selain mencari pendapatan hasil cover yang dilakukan.
ARTIKEL BERKAITAN: Kelly Azman tak peduli netizen kecam, impi ‘Dustakan Cinta’ berentap di AJL
ARTIKEL BERKAITAN: Kelly Azman percaya pada bakat, tak patah semangat demi peminat
Menyanyi merupakan minatnya, Kelly menegaskan dia tidak mencalarkan imej mana-mana karya seperti didakwa netizen.
“Setiap anak seni ada cara mereka berkarya, kalau saya sebagai penghibur inilah cara saya berkarya. Ini juga sumber pendapatan saya.
“Tambah pula, saya hanya merancakkan lagu tersebut dan menyanyi memang minat saya.
Kelly sanggup berhabis untuk buat klip video nyanyian covernya.
“Saya tidak mencalarkan mana-mana lagu, kenapa netizen kata saya merosakkan? Adakah sebab suara saya tak sedap?,” ujarnya.
Sementara itu, Kelly berkongsi dirinya sanggup mengeluarkan belanja sebanyak RM5,000 untuk setiap satu video klip yang dirakam.
“Ini adalah usaha saya sendiri, malah pada masa sama saya juga mempromosikan lagu-lagu penyanyi tempatan,” jelasnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!