RAMAI tidak akan menolak tawaran kerja dengan gaji tinggi walaupun terpaksa menjadi tukang cuci atau pekerja pembersihan (cleaner).
Begitulah realiti indah untuk mereka yang bekerja di Singapura susulan mata wang dolar negara itu lebih kukuh berbanding ringgit.
Namun bukan semua individu yang mencari rezeki di negara jiran itu bertuah dan melalui pengalaman ‘indah’.
Menerusi satu perkongsian, seorang lelaki mendedahkan mengenai rakan sekerja yang pernah meminjam wang daripadanya.
Rakyat Malaysia berulang-alik bekerja di Singapura. -Gambar hiasan
“Pernah sekali rakan perempuan masa kerja part time dulu dia nak pinjam duit, kira-kira RM500,” luahnya menerusi satu hantaran di laman sosial.
Tindakan rakan sekerjanya yang sanggup meminjam duit daripadanya menimbulkan tanda-tanya kerana wanita berkenaan sudah mendirikan rumah tangga.
ARTIKEL BERKAITAN: Gaji lumayan, jadi ‘cleaner’ pun sanggup! Pemuda nak sangat kerja di Singapura, tawar saguhati jika bantu dapatkan pekerjaan
ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda lepasan SPM merungut tak dapat kerja cuci pinggan di Singapura… Geram majikan hanya cari graduan ijazah!
Lebih menghairankan apabila suaminya bekerja di Singapura yang mana umum mengetahui nilai gajinya berlipat kali ganda.
“Aku pelik sebab dia dah kahwin. Kemudian aku tanya, laki kau dekat mana? Dia jawab Singapura, kerja. Suami tak ada bagi nafkah ke? Dia jawab ada tapi tak cukup.
“Alamak, tak kan tak cukup? Singapura gaji guard pun tinggi. Suami kau buat apa dengan duit gaji?” soalnya ingin mendapatkan kepastian.
Dia masih nak pinjam lepas aku cakap-cakap pasal suami dia.
RAKAN SEKERJA
Jawapan rakannya itu menimbulkan kesangsian dan dia mula memikirkan situasi yang dihadapi wanita yang bersuamikan pekerja di Singapura itu.
“Aku mula tanya soalan macam ni, cakap biar betul, tak kan duit tak ada langsung, sampai isteri kau kena mengemis dekat lelaki lain,” katanya.
Rezeki masing-masing sama ada bekerja di pejabat atau pengawal keselamatan. -Gambar hiasan
Mengimbas kembali momen tersebut, dia mengakui menyesal mengeluarkan kata-kata sebegitu kepada rakannya.
“Sampai sekarang aku menyesal buat macam tu. Aku terus judge situasi dia, walaupun aku tak faham.
“Banyak kata-kata yang menyakitkan hati yang aku lepaskan pasal suami dia walaupun aku tak kenal pun siapa. Tapi dia masih nak pinjam lepas aku cakap-cakap pasal suami dia.
“Menyesal sebab aku sampai sekarang serba salah kalau nampak nama dia,” katanya lagi.
Dia kemudian mengakui permintaan rakan sekerjanya itu bagaimanapun tidak pernah dipenuhi.
“Aku tak bagi, jawapan dia tak memuaskan. Dan aku pun tak berapa kenal dia. Aku rasa kami hanya berbual sekali, dua waktu kerja dan itu saja,” jelasnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube