RSS Suria

Wanita sanggup gugur kandungan sebelum lapor diri kerja… Rupanya banyak kes korban janin demi periuk nasi!

ANUGERAH cahaya mata merupakan kurniaan yang pastinya dinanti-nantikan setiap pasangan suami isteri.

Namun bagi sesetengah pasangan kehadiran anak ke dalam hidup mereka ada kalanya tidak mengikut perancangan dan kurang sesuai pada waktunya.

Melalui satu hantaran di media sosial, seorang wanita yang terlibat dalam bidang pakar sakit puan mendedahkan kisah meruntun jiwa.

Wanita mengandung perlu menghadapi pelbagai ujian. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu, dia menerima kunjungan daripada ibu hamil yang bertanyakan tentang kaedah untuk menggugurkan kandungan.

“Semalam saja dua orang yang datang tanya tentang proses pengguguran. Seorang tu katanya sebab nak masuk bekerja. Lagi seorang tu tak sangka hamil sebelum berkahwin.

“Saya pun berfikir sejenak, kebanyakan pasangan akan gembira yang teramat apabila nampak positif dua garis pada ujian kehamilan, tapi ada juga yang sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap gugur kandungan luar nikah sejak SPM, wanita diuji selepas kahwin… Zuriat ‘tak lekat’, Tuhan bayar cash!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak henti meratap sejak Hari Arafah! Rindu bayi lepas gugur kandungan, seksa simpan rahsia hamil sebab terlanjur

“Mungkin mereka terjebak dalam situasi sukar pada ketika itu menyebabkan mereka menjadi sedih atau risau apabila menerima khabar tersebut, padahal ia adalah satu rezeki yang ditunggu-tunggu ramai orang.

“Saya agak tersentuh memandangkan saya kerap berjumpa dengan suami isteri yang bertahun-tahun cuba untuk hamil (TTC), tapi tidak membuahkan hasil, mungkin belum sampai waktunya,” kata wanita berkenaan kusut.

Melewati ke ruangan komen, warga maya dilihat bertukar pandangan mengenai dilema kehamilan yang dihadapi wanita berkerjaya.

Saya tak sokong wanita gugur kandungan, tapi saya boleh memahami kenapa sesetengah mereka memilih untuk berbuat begitu.

WARGA MAYA

“Saya faham gugur kandungan itu dikira sebagai bunuh dan haram dalam Islam, tapi sebagai seorang perempuan yang bekerja korporat, cukuplah saya ada anak seorang, tak mahu tambah lagi kalau seboleh-bolehnya.

“Waktu dapat anak pertama dulu, ramai rakan sepejabat pandang serong sebab saya tak boleh beri komitmen sepenuhnya pada kerja. Mereka terpaksa ambil alih sesetengah kerja saya, sejak daripada itu saya tak mahu anak lagi.

“Saya seolah-oleh macam menyusahkan orang sekeliling. Saya tak sokong wanita gugur kandungan, tapi saya boleh memahami kenapa sesetengah mereka memilih untuk berbuat begitu.

“Pernah sekali tu, bahagian pengurusan sumber manusia minta saya letak jawatan sebab membebankan syarikat, selalu sangat dengan hal pasal anak,” kongsi pelayar.

Pelayar bertukar pandangan.

Sebagai peringatan bersama, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pernah menghuraikan tentang isu pengguguran janin.

Menurutnya, adalah haram menggugurkan janin yang berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh kecuali tindakan itu untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab-sebab kecacatan yang teruk setelah mendapat nasihat daripada pakar perubatan yang berautoriti.

“Kami cenderung menyatakan bahawa hukum menggugurkan kandungan sekiranya boleh mendatangkan mudarat kepada ibu adalah harus mengikut Syarak kerana meraikan maslahah yang lebih besar iaitu keselamatan nyawa ibu,” katanya.

Scroll to Top