MASAKAN air tangan seorang ibu terasa cukup sedap dan paling dirindui terutama bagi mereka yang tinggal berjauhan daripada keluarga.
Namun umum diketahui setiap insan mempunyai cita rasa berbeza-beza, justeru hidangan yang dirasakan lazat mungkin tidak kena pada tekak individu lain.
Bagaimanapun ia bukanlah satu tiket untuk seseorang itu mengkritik suatu makanan secara biadab sehingga mengguris hati.
Sikap toleransi perlu diwujudkan sesama rakan sebilik. -Gambar hiasan
Melalui satu hantaran di media sosial, seorang wanita mengimbas momen hitam yang pernah dialaminya ketika bergelar pelajar di sebuah sekolah berasrama.
Menurut wanita itu, sebelum kejadian itu ibunya ada memberikan bekal makanan iaitu asam pedas ikan bersama rebung.
“Waktu saya buka bekal yang mak bagi tu, tiba-tiba rakan sebilik saya mengadu bau hancing dan aroma kurang menyenangkan, mereka siap tutup hidung lagi. Terus saya tak jadi makan, tapi saya tak sanggup buang macam tu je bekal mak.
ARTIKEL BERKAITAN: Pakcik pencen ‘gomen’ hina ikan bakar disedekah jiran, lepas tu satu famili gelak ramai-ramai – “Untuk kucing makan ni”
ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik homestay dituduh samakan penyewa dengan ayam sebab beri beras murah, hina makanan sedekah
“Saya bawa asam pedas tu ke dalam tandas dan makan dekat situ, terasing daripada rakan sebilik saya. Selepas tutup pintu, saya makan sambil menangis teresak-esak. Saya terasa hati dengan apa mereka cakap tentang makanan mak.
“Untuk pengetahuan semua, asrama saya di dalam rumah kedai, bukan macam asrama biasa. Kami semua duduk di dalam dorm yang disekalikan dengan bilik air, kalau waktu malam tak boleh keluar sebab ada curfew.
Jangan bersedih, mungkin ada segelintir yang kurang meminati makanan kegemaran kita, tapi bukan semua.
WARGA MAYA
“Disebabkan itu, hanya tandas tempat yang saya boleh pergi untuk lari daripada rakan sebilik. Tak sangka mereka boleh cakap begitu tentang makanan kegemaran saya,” katanya kecewa.
Melewati ke ruangan komen, warga maya tampil berkongsikan pengalaman yang hampir serupa, terutamanya melibatkan jamuan secara potluck.
Pelayar bertukar pandangan.
“Pernah sekali ni jamuan kelas waktu darjah satu, abah tolong buatkan kuih gula kelapa, tapi warnanya hitam. Apabila cikgu kumpulkan semua makanan dekat meja, kawan-kawan terus kata geli tengok kuih abah saya tu.
“Satu soalan yang paling saya ingat sampai sekarang… siapa bawa ni? Saya benci sangat soalan tu. Akhirnya tiada siapa makan kuih abah buat, rasa sedih nak bawa balik ke rumah, takut abah kecil hati.
“Jangan bersedih, mungkin ada segelintir yang kurang meminati makanan kegemaran kita, tapi bukan semua, ramai je lagi yang suka sebenarnya,” kata warga maya.