PENYANYI dan komposer Alyph tidak menyangka impian mahu berduet dengan Ziana Zain akhirnya menjadi kenyataan.
Apa lebih menggembirakan kata Alyph atau Alif Abdullah, 36, mereka bekerjasama menerusi dua buah lagu untuk album terbaharunya, The Storm.
“Saya memang mahukan Ziana Zain berduet dengan saya! Bukan satu tapi menerusi dua buah lagu.
“Pada awalnya ada juga rasa bimbang kalau Ziana tidak selesa dengan konsep dan jalan cerita lagu tersebut tapi syukur beliau terima,” katanya kepada mStar.
Alyph berduet dengan Ziana menerusi dua buah lagu ciptaannya.
Alyph berkongsi keterujaannya itu ketika ditemui semasa sesi pra-dengar album terbaharunya di Petaling Jaya pada Jumaat.
Dalam pada itu, Alyph berkata dia tidak dapat membayangkan penyanyi lain menyanyikan lagu duet mereka yang berjudul Teman Dan Gerak.
Sebaliknya berasa bertuah apabila bayangan lagu-lagu berkenaan dinyanyikan Ziana menjadi nyata.
ARTIKEL BERKAITAN: Lagu berunsur seksual, ketengah isu sensitif bukan cara berkarya, Alyph anggap perosak industri muzik – “Baik cari kerja lain”
ARTIKEL BERKAITAN: Isu laga 2 buah negara tak sepatutnya berlaku, Alyph anggap Malaysia macam rumah sendiri
“Sejujurnya ketika saya menggubah lagu Teman dan Gerak saya hanya boleh bayangkan Ziana Zain yang menyanyikannya.
“Saya rasa bertuah apabila beliau terima tawaran merakamkan lagu ciptaan saya.
“Apabila dia setuju kami terus rakamkan dua lagu tersebut sekali gus dalam tempoh sehari,” jelasnya.
Alyph tampil dengan album terbaharu The Storm.
Bercakap mengenai The Storm, Alyph memberitahu album itu memuatkan 12 buah lagu dan turut menampilkan bakat muda iaitu Gard menerusi Sorok Muka.
Selain Teman, Gerak serta Sorok Muka, antara lagu lain adalah Red Flags, Saham Naik, Birthday Girl, The Line, Bestfriend part 2, Ingat, Mekar, Dari Jauh dan Siapa Yang Ajar.
The Storm bakal berada di pasaran pada 24 Januari ini.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!