RSS Suria

Aksi kanak-kanak terbaring di atas jalan curi perhatian, rupanya merajuk tunggu Nadhir Nasar

GELAGAT Nadhir Nasar memujuk seorang kanak-kanak yang merajuk terpaksa menunggu lama untuk bertemu dengan aktor itu menerima pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Menerusi video di TikTok, Nadhir atau Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 27, dilihat menuju ke arah kanak-kanak tersebut yang terbaring di atas jalan dan memujuknya untuk bergambar bersama.

Difahamkan, kanak-kanak itu menghadiri acara larian sempena Malaysia Breakfast Day yang diadakan di Putrajaya pada pagi Ahad.

Ibu kanak-kanak tersebut memberitahu anaknya merajuk kerana menunggu terlalu lama.

Ibu kanak-kanak tersebut memberitahu anaknya merajuk kerana menunggu terlalu lama.

“Adik, bangun. Tak nak bangun? Jom kita ambil gambar bersama.

“Nak abang (panggilan Nadhir) dukung ke? Okay jom,” katanya.

Tindakan mesra ditunjukkan Nadhir itu menerima sorakan daripada peserta larian yang turut merakamkan video aksi memujuk itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nadhir tegur bakat baharu muhasabah diri, jangan buat masalah… “Sebab kau, pelakon senior stereotaip”

ARTIKEL BERKAITAN: Nadhir Nasar belum fikir soal jodoh, terkejut gosip putus cinta… Mahu berbakti kepada ibu bapa dahulu

Dalam pada itu, ibu kanak-kanak yang dikenali sebagai Arash itu menceritakan kisah sebenar yang menyebabkan anak lelakinya berkelakuan sebegitu.

Kata ibunya, anaknya merajuk kerana menunggu terlalu lama untuk bertemu dengan pelakon drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi itu.

“Dia moody sebab lama sangat tunggu Nadhir nak turun dari atas sebab Nadhir kena tunggu sampai semua orang habis lari. Dia boleh terbaring atas jalan tu,” ujarnya.

nadhir 2 - 1

Nadhir kelihatan mesra melayani telatah peminat ciliknya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa cemburu melihat aktor berkenaan memberi layanan istimewa terhadap kanak-kanak tersebut.

“Adik tepi sikit biar akak pula yang pura-pura nak pengsan.

“Untung kau dik Nadhir tawar nak dukung,” tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top