RSS Suria

Suri rumah terkedu guru tak dikenali tiba-tiba luah emosi! Rasa gagal jadi ibu, sukar fokus didik anak sendiri

LUMRAH kehidupan hari ini, ramai isteri keluar bekerja demi membantu meringankan beban suami.

Namun, apabila isteri bekerja pastinya timbul cabaran besar dalam aspek mendidik dan membesarkan anak-anak yang tidak akan bersama ibu sepanjang masa.

Seorang wanita berkongsi tentang perbualannya dengan seorang guru perempuan yang menganggap dirinya beruntung menjadi seorang suri rumah.

Wanita bekerja untuk membantu kewangan keluarga. - Gambar hiasan

Wanita bekerja untuk membantu meringankan beban kewangan suami. -Gambar hiasan

“Semalam majlis anugerah sekolah anak. Ada ibu yang duduk depan bertegur sapa dengan saya dan dia adalah seorang guru.

“Pendek ceritanya cikgu ni meluah rasa yang katanya susah nak menjaga dan mendidik anak-anak sekarang.

“Dia kata susahnya nak suruh anak-anak belajar dengan kerjayanya sebagai guru yang tak banyak masa nak fokus pada anak-anak sendiri,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri malas urus famili selepas diizin kerja, cuma tahu bersolek dan main phone! Niat bantu ringan beban suami tersasar

ARTIKEL BERKAITAN: Murid tunjuk redflag masalah pembelajaran, guru kecewa mak ayah masih ‘relax’- “Anda dah aniaya anak sendiri”

Tambahnya lagi, guru berkenaan merasakan anak-anaknya bagaikan terbiar dan perlu belajar sendiri disebabkan dia sibuk bekerja.

“Dia kata dia rasa gagal jadi seorang ibu. Ada masa menangis kenangkan anak-anak. Dia kata seronok jadi macam saya.

“Duduk rumah boleh fokus jaga anak-anak. Sejujurnya saya terkedu. Saya katakan, Insyallah Allah akan hadirkan cikgu lain untuk mendidik anak-anaknya,” katanya.

Kawan saya, jururawat tapi masa anak-anak tak sihat, dia tak dapat jaga.

NETIZEN

Wanita itu berkata, pertemuannya dengan guru tersebut juga bagaikan satu teguran Allah kepada dirinya kerana sebelum ini dia telah memujuk suami untuk bekerja semula.

“Saya nak kerja semula memandangkan anak bongsu dah mula sekolah. Lebih 12 tahun dah saya jadi suri rumah.

“Semalam Allah bagi teguran. Kita rasa cemburu tengok orang lain tapi tanpa kita sedar orang lain nak jadi macam kita,” katanya.

Reaksi netizen.

Reaksi netizen.

Perkongsiannya itu mendapat reaksi daripada netizen yang mengakui sukar memberi perhatian kepada anak-anak apabila ibu bekerja.

“Tahun lepas enam bulan saya praktikal guru memang susah fokus kat anak sendiri, rasa macam anak terbiar dah.

“Rasa mereka kurang kasih sayang. Lepas habis praktikal saya dapat fokus. Alhamdulillah banyak sangat peningkatan. jadi saya ambil keputusan tak nak kerja dulu,” kata seorang netizen.

Seorang warga maya pula berkongsi kisah hidup rakannya yang hampir serupa tetapi berbeza profesion.

“Kawan saya, jururawat tapi masa anak-anak tak sihat, dia tak dapat jaga. Kekangan kerja syif, suaminya pun sama juga.

“Hanya mampu harapkan kasih sayang pengasuh. Tapi kerja dia pun penting demi kesejahteraan anak-anak generasi depan,” katanya.

Scroll to Top