DALAM mana-mana syarikat, kebajikan pekerja antara aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan atau majikan.
Setiap organisasi mempunyai dasar dan peraturan tersendiri, termasuklah melibatkan pengurusan cuti sakit.
Ada syarikat yang benar-benar cerewet tentang perkara ini, sehingga menghubungi fasiliti kesihatan bagi memastikan kakitangan mereka tidak mengambil kesempatan atau menipu situasi kesihatan masing-masing.
Begitulah realiti yang berlaku sebagaimana perkongsian seorang pelayar ini di laman sosial.
Cuti sakit adalah hak pekerja sebagaimana yang termaktub dalam Akta Pekerja. -Gambar hiasan
“Nak share story pasal kakitangan sumber manusia (HR) call klinik untuk comfirmation pasal MC (cuti sakit). HR tu tanya doktor macam-macam.
“Doktor yang merawat tu beritahulah staf tu memang demam dan perlukan rehat,” tulisnya dalam hantaran berkenaan.
Menurut pelayar itu lagi, walaupun begitu, kakitangan sumber manusia tersebut seolah-olah meragui kenyataan doktor kerana bimbang dia bersubahat.
ARTIKEL BERKAITAN: Mulanya sangka gaji masuk, rupanya pekerja dapat mesej bos minta siapkan tugasan… Cuti terganggu fikir kerja
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tahan marah dimalukan depan rakan pejabat… Bos sama jantina mulut lancang, panggil staf ‘punggung leseh’
“HR still in deny dan nak staf tu masuk kerja. ‘Angin’ doktor tu sambil beritahu ‘macam mana you boleh paksa staf yang sakit kerja’,” sambungnya lagi.
Pelayar tersebut bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai kesudahan situasi berkenaan.
Perkongsian pelayar ini menjadi perhatian warga maya sehingga mengundang ratusan komen.
Kebanyakan HR yang pelik yang sampai nak call doktor ni bukan daripada yang belajar HR pun. Sebab tu tak ada common sense.
NETIZEN
Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan kakitangan sumber manusia tersebut sambil menyifatkannya sebagai keterlaluan.
“Sebab itu saya sambung my degree in HR. Saya nak jadi HR dan ganti HR yang berperangai pelik. Kadang-kadang saya peliklah. Kenapa HR kebanyakannya banyak b*d**. Diaorang ni belajar ke tak sebenarnya.
“Kebanyakan HR yang pelik yang sampai nak call doktor ni bukan daripada yang belajar HR pun. Sebab tu tak ada common sense, tak ada empathy. Banyaknya mula daripada admin dengan SPM,” demikian antara komen netizen.
Sebahagian daripada komen netizen.
Dalam pada itu, ada yang turut berkongsi cerita mengenai situasi hampir sama melibatkan kakitangan sumber manusia yang keterlaluan.
“Kes dekat tempat kerja saya, HR siap datang rumah staf ye. Budak tu influenza dapat MC lima hari. Ketua jabatan persoalkan kenapa lima hari dan suruh HR check.
“Tempat kerja lama dulu. Pagi mesej bos cakap nak MC sebab demam. Pukul 9 pergi klinik. Rupanya bos dah call doktor pesan jangan beri MC. Gagahkanlah juga bekerja,” demikian antara komen netizen.