TIDAK mudah mencari pasangan terbaik, pelakon Datin Atikah Suhaime menganggap diri bertuah apabila dikurniakan seorang suami yang disifatkan sebagai lelaki sempurna.
Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, berkata, kasih sayang dan sikap tanggungjawab ditunjukkan suaminya iaitu Datuk Lokman Teh membuatkan dia semakin jatuh cinta kepada suaminya.
“Apabila saya disahkan hamil, saya takut kerana menganggap yang kita belum bersedia tetapi awak meyakinkan saya bahawa kita akan menjadi ibu bapa sempurna.
Atikah dan Lokman menyambut ulang tahun perkahwinan pertama.
“Awak sentiasa tunjukkan kelembutan dalam setiap hal. Semakin hari, semakin jatuh cinta. Awak tunjukkan kalau kita menangis tak semestinya kita lemah.
“Terima kasih kerana menjadi suami paling sempurna dalam dunia saya. Selamat ulang tahun perkahwinan yang pertama,” katanya.
Atikah berkongsi perkara itu sempena ulang tahun perkahwinan pertama bersama suami menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Atikah Suhaime mengadu cepat letih sepanjang hamil, sampai rasa nak menangis… “Tidak pernah sepenat ini dalam hidup”
ARTIKEL BERKAITAN: Atikah Suhaime sah bergelar isteri, pilih CEO produk Zaitun sebagai teman hidup
Dalam pada itu, pelakon filem Tan-Ti-Ana ini mengucapkan terima kasih buat Lokman kerana menjaganya sebagaimana dia disayangi oleh keluarga sendiri.
Tambah Atikah, suaminya turut melayaninya dengan baik dan menunjukkan rasa bangga apabila memperkenalkan dirinya sebagai isteri kepada orang ramai.
“Kepada suamiku, terima kasih kerana melindungi saya seperti abang saya melindungi saya. Terima kasih sebab sayang mama dan papa saya, seperti mana saya menyayangi kedua ibu bapa awak.
“Terima kasih kerana sering membawa saya ke mana sahaja dan perkenalkan saya sebagai isteri dengan bangganya kepada semua.
“Terima kasih sentiasa ajar saya rasa bersyukur. Walaupun awak tidak sempurna di mata orang, tepi untuk saya awak adalah suami sempurna yang Allah beri kepada saya,” ujarnya.
Atikah kini sedang hamil cahaya mata pertama.
Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga dengan Lokman pada Januari tahun lalu.
Pada September 2024, perkongsian video mukbang Atikah menarik perhatian ramai sehingga timbul spekulasi pelakon berkenaan itu sedang berbadan dua.
Tidak lama selepas itu, Atikah berkongsi berita gembira dia sudah hamil empat bulan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!