SIAPA sangka jarak rumah mentua yang dipisahkan oleh Laut China Selatan menjadi cabaran besar buat wanita ini dan juga suaminya.
Wanita itu berkata, dia, suami dan anak-anak menetap di Pantai Timur di Semenanjung, manakala mentuanya tinggal di Sabah menyebabkan mereka sekeluarga jarang pulang ke kampung kerana tiket penerbangan yang mahal.
“Balik sana bila ada bajet je. Tiket mahal, dengan anak lagi. Kos sara hidup pun tinggi. Memang tak mampu nak balik.
“Pernah sekali dipaksa balik sebab mentua nak tengok cucu-cucu, suruh tinggal dua minggu,” katanya menerusi satu hantaran di laman X.
Rumah riuh rendah apabila keluarga besar berkumpul. -Gambar hiasan
Walaupun sudah dimaklumkan mereka berdepan kekangan wang untuk pulang ke Sabah, ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, mentuanya tetap memujuk dengan ayat-ayat manis.
“Mentua cakap ‘Ala beli tiket je, dekat sini nanti tak payah belanja atau berjalan-jalan pun tak apa. Duduk rumah je boleh. Main-main dengan cucu‘.
“Jadi, baliklah kami anak beranak, memang habis duit kat tiket dan naik e-hailing dari lapangan terbang ke rumah mentua,” ujarnya.
Bagaimanapun, rancangan asal untuk hanya menghabiskan masa bersama mentua dengan tenang sambil berjimat-cermat selama dua minggu tidak kesampaian.
ARTIKEL BERKAITAN: Nak nikah duda, wanita ‘seram’ tengok bakal mentua asyik kutuk bekas menantu… Tak mustahil terima nasib sama
ARTIKEL BERKAITAN: Bakal mentua nak jaga ‘standard’, paksa anak buat kenduri gah! Ugut tak mahu hadir hari nikah kalau majlis ala kadar
Wanita itu memberitahu, mentuanya mula menunjukkan sikap dingin terhadap mereka sekeluarga selepas beberapa hari pulang ke Sabah.
“Dua, tiga hari pertama okay je. Masuk hari seterusnya mentua berubah riak wajah sebab barang dapur mereka habis.
“Kami minta maaf dengan mentua sebab dah beritahu dulu memang tak ada bajet. Nak belikan mereka apa-apa pun tak mampu.
“Sudahnya mereka terus buat tak endah je kat kami anak beranak. Saya rasa sedih dan serba salah, malah rasa tersepit sebab masih berbaki beberapa hari sebelum kami nak habiskan cuti dua minggu di kampung,” katanya.
Suami isteri membantu memasak di dapur. -Gambar hiasan
Walaupun membantu mentuanya melakukan kerja-kerja rumah, wanita itu berkata, mereka tetap dilayan seperti orang asing.
“Tak ada la kami goyang kaki, kami tolong juga masak, kemas rumah. Tapi lepas kejadian tu, kami dilayan macam orang luar.
“Bila kami tanya ‘Mahu masak apa, nak tolong‘, mentua jawab ‘Masak apa? Barang dapur sudah habis, ramai orang dalam rumah ni‘.
“Sedih sangat sebab anak-anak dah mengadu lapar. Hati ni rasa macam dihiris. Sejak itu, mentua banyak keluar makan di luar. Kami anak beranak je kat rumah,” jelasnya.
Sekarang tengah usaha kumpul duit balik untuk ganti semula barang dapur mentua yang kami dah pakai. Takut mereka tak halalkan.
WANITA
Lebih menyedihkan apabila dia melihat mentua pulang dari membeli barang dapur tetapi masuk ke rumah menggunakan laluan lain dan semua makanan disorokkan.
“Kami menangis anak beranak sebab dilayan begitu dan anak-anak lapar. Masa tu cuma mampu beli roti dan jam je untuk alas perut. Mujur anak-anak tak merungut,” katanya.
Pasangan suami isteri berusaha untuk mengumpul wang. -Gambar hiasan
Menurut wanita itu lagi, dia mengakui menyesal balik ke kampung mentua tetapi menganggapnya sebagai satu ujian buat mereka sekeluarga.
Namun dia bersyukur mendapat bantuan sepupu untuk menghantar mereka sekeluarga ke lapangan terbang sewaktu hendak balik ke Semenanjung selepas cuti dua minggu berakhir.
“Dah sampai Semenanjung, kami beritahu mentua yang kami dah sampai. Ada minta maaf lagi sekali dan minta halalkan makan minum, juga terima kasih sudi tumpangkan tidur di rumah mereka. Tapi mentua tak bagi respons.
“Sekarang tengah usaha kumpul duit balik untuk komitmen bulanan, belanja harian dan untuk ganti semula barang dapur mentua yang kami dah pakai. Takut mereka tak halalkan. Semoga murah rezeki kami anak beranak,” ujarnya lagi.