RSS Suria

Buka bisnes cuci kereta di rumah teres, makin naik lemak tak ada siapa lapor! Jiran masih sabar walau jemur baju tak pernah kering

KOS sara hidup yang semakin meningkat pada masa kini membuatkan ramai berusaha mencari cara untuk menjana lebih pendapatan.

Semakin ramai individu mencari peluang untuk melakukan kerja sampingan, termasuklah menjalankan bisnes dari rumah.

Sememangnya ia tidak menjadi kesalahan, tetapi kadang kala sikap tidak bertanggungjawab dan kurang ‘common sense’ secara tidak langsung mengundang masalah kepada jiran sekeliling, sebagaimana perkongsian seorang individu di laman Facebook.

“Jiran sebelah buat bisnes cuci kereta dekat kawasan rumah teres, pakai water jet. Dalam pagar rumah dia.

“Kita yang rumah sebelah, cuci baju nak sidai, tak kering-kering sampai kesudah ye,” tulisnya dalam hantaran di laman Facebook, grup Tukang Apa Hari Ini.

adab berjiran

Menetap di kawasan kampung atau bandar, kita perlulah peka dalam bab adab berjiran. -Gambar hiasan

Individu yang tidak mendedahkan identiti itu berkata, dia sudah berikhtiar pelbagai cara untuk mengelakkan masalah yang sama berulang, namun tidak berhasil malah menimbulkan masalah lain.

“Pernah sidai belakang rumah, tapi pakaian hilang, mungkin ditiup angin kot. Sidai dalam rumah, perabot kayu naik kulat.

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak muka terus hempas pintu! Pemuda sakit kepala hadap perangai pelik jiran-jiran berusia… Dilayan dingin lepas pindah masuk

ARTIKEL BERKAITAN: Jiran tak faham bahasa, gigih alih pasu bunga tepi rumah orang gara-gara nak parkir… Makin geram perangai buruk ‘menurun’ ke anak!

“Nak naik tembok konkrit, tak ada modal lagi. Nak beli dryer, pun tak mampu.

“Kalau beli khemah biru yang orang buat khemah pasar malam tu dan pasang, boleh ke?” tulisnya merujuk kepada kanvas yang mahu dijadikan penghadang antara pagar rumah jirannya.

Menurutnya lagi, ada antara kenalannya mencadangkan agar dia berpindah namun perkara tersebut sukar untuk dipertimbangkan kerana rumah yang didudukinya kini adalah kediaman sendiri.

Rumah kediaman bukan tempat untuk menjalankan aktivit perniagaan.

NETIZEN

Justeru ujarnya, dia mengambil langkah untuk membuat perkongsian di laman sosial kerana buntu memikirkan solusi yang wajar diambil selain enggan bermasam muka dengan jiran.

Perkongsian individu tersebut mengundang perhatian netizen, namun rata-ratanya menyarankan supaya dia mengambil tindakan tegas memandangkan jirannya sendiri tidak bertimbang rasa.

komen jiran

Sebahagian daripada cadangan netizen bagi mencari solusi masalah individu berkenaan.

Report majlis senang. Rumah kediaman bukan tempat untuk menjalankan aktivit perniagaan.

“Minta jiran beli (kanvas khemah) suruh tutup. Sebab dia punca masalah. Cakap padanya, ‘saya dah bertolak ansur sebab tak report, giliran encik pula jaga jiran-jiran’.

“Jiran tu yang sepatutnya kepung kawasan dia. Dia yang buat bisnes tapi awak pula yang kena keluar modal. ‘Lemak’lah macam tu. Kalau banyak bunyi, panggil je majlis perbandaran,” demikian antara komen netizen.

Scroll to Top